Video| Tahniah! Dari TikTok ke jenjang pelamin! Ibu tunggal, 48, dan bapa tunggal, 29, bersanding!
Published byJODOH di tangan Tuhan. Demikian takdir yang menemukan seorang ibu tunggal berusia 48 tahun yang sudah 15 tahun menjanda dengan duda anak satu berusia 29 tahun ke jenjang pelamin.
Apa yang pasti jarak usia 19 tahun itu sama sekali tidak menghalang pasangan berkenaan, Norasiah Abdul Rahman dan suami, Adam Affendie Hawahir bergelar pengantin baharu, pada pertengahan Oktober 2022.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan alam perkahwinan
Perkahwinan Norasiah Abdul Rahman dan Adam Affendie Hawahir mendapat restu kedua-dua belah keluarga. Norasiah Abdul Rahman dan Adam Affendie Hawahir sah bergelar suami isteri pada 14 Oktober 2022.
Suami isteri berkenaan dinikahkan dalam satu majlis akad nikah di sebuah majlis dekat Pokok Sena pada 14 Oktober 2022. Dengan sekali lafaz kedua-duanya yang bercinta setelah berkenalan dalam aplikasi TikTok pada awal tahun lepas (2021) sah bergelar suami isteri.
Sebentuk cincin dan seutas gelang tangan menjadi mas kahwin pengantin lelaki kepada mempelainya itu.
Adam Affendie seorang penyelia di Pulau Pinang memberitahu, dia tertarik dengan perwatakan isterinya itu yang penyayang penuh sifat keibuan dan gigih bekerja.
Malah menurut duda itu, sifat itu juga menjadikan anak perempuan daripada perkahwinan terdahulu cepat mesra dengan ibu tirinya itu.
Bagi Norasiah, ibu tunggal anak tiga itu pula, setelah lama menjanda hatinya terbuka untuk berkahwin semula setelah yakin dengan keikhlasan lelaki itu untuk memperisterikannya.
Menurut Norasiah, walaupun lelaki itu hampir sebaya dengan anak sulungnya namun kejujuran dan kematangannya berjaya memikat hatinya.
“Kami berkenalan dalam TikTok, mula suami yang mesej dahulu untuk sembang dan dari situ kami jadi mesra.
“Kejujurannya memikat saya kerana walaupun muda, dia bukan seperti kebanyakan lelaki lain yang hanya suka-suka nak mempermain janda-janda seperti saya ini.
"Kami kenal pun beberapa bulan sahaja dan selepas itu dia terus ajak saya kahwin,” kata yang memiliki Restoran Roti Canai Janda (RCJ) yang sohor di negeri ini.
Restoran Roti Canai Janda (RCJ) yang diusahakan oleh Norasiah bersama anak sulungnya, Nurul Nadia Ismail, 28, sebelum ini tular dalam media sosial sejak dua tahun lepas terutama setelah slogan yang diguna untuk menarik perhatian pelanggan, Nikmat Tak Terlupa.
Bercerita lanjut, Norasiah berkata, dia berharap perkahwinan keduanya itu bertahan sehingga ke anak cucu.
“Saya masih merasa bagai bermimpi apabila kini bergelar isteri semula. Selepas bercerai dahulu saya memang tidak langsung tergerak hati untuk berkahwin lagi. Memang kerja dan cari wang sahaja.
"Tak sangka ada rezeki lagi untuk berkahwin dan saya berdoa agar ikatan perkahwinan ini kekal di sebalik semua cabaran serta dugaan yang bakal kami hadapi,” katanya. - KitaReporters
DARI TikTok ke jinjang pelamin, mempelai bahagia melayari alam suami isteri setelah perkahwinan terdahulu gagal.