Kembar dua serupa! Shuib jemput Lt Kom Khairul bertemu di konti Suria FM! Kedua-dua teruja bersemuka!
Published byWajah seiras antara Shuib Sepahtu dan Mohamad Khairul Anuar Md Halim.
Pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TUDM), Leftenan Komander Mohamad Khairul Anuar Md Halim, 35, teruja untuk bertemu dengan ‘kembar’nya Shuib Sepahtu (Shahmira Muhammad), 38, yang menjemputnya ke konti Suria FM bagi ditemu bual dalam rancangan ‘Morning Morning Sinar’.
Pertemuan ini dijangka berlangsung antara Isnin hingga Rabu (12 hingga 14 Disember 2022).Ia bergantung kepada pihak penerbit untuk menentukan tarikh dan masa yang sesuai.
Ini kerana Khairul membawa keluarganya bercuti di Kuala Lumpur pada tarikh itu. Khairul kini bertugas di pangkalan TLDM, Lumut, Perak dan merupakan bekas anggota Malaysian Battalion (MALBATT) 850-9 di Lubnan.
Menurut Khairul gambar dia yang tular itu dirakam kawannya dalam satu acara perbarisan. Dia tidak menyangka gambar itu tular malah turut dimuat naik oleh Shuib Sepahtu dalam laman Instagramnya.
Dan Shuib pula teruja untuk mengundang ‘kembar’nya untuk ditemu bual dalam rancangan kendalian bersamanya ‘Morning Morning Sinar’ di Sinar FM.
"Pada awalnya, saya kongsikan dalam Instagram Story sebab rasa ia adalah situasi unik apabila ada orang lain yang wajahnya mirip dengan saya. Tak pernah seumur hidup saya, terfikir bahawa saya akan berjumpa dengan orang yang wajahnya mirip dengan saya.
"Kemudian, saya muat naik ke 'feed' Instagram. Tak sampai 24 jam, dah ada lebih 1,000 komen dan satu daripadanya adalah komen isteri Khairul. Jadi, saya berhubung dengan isterinya menerusi DM dan seterusnya dapat berhubung dengannya," katanya kepada sebuah media.
/
Shuib di konti Suria FM
Sementara itu menurut Khairul, dia turut meminati Shuib Sepahtu dan ingin bertemu secara berdepan dengan pelawak dan penyiar radio itu.
Menurut bapa kepada tiga anak ini, dia hanya menyedari gambarnya tular dalam laman sosial selepas dimaklumkan isteri dan beberapa rakan.
Tambahnya, dia kemudian membaca setiap komen yang menyamakannya dengan Shuib, namun tidak membalas komen itu kerana menganggap ia adalah perkara biasa.
Selepas itu, ramai yang beritahu Shuib sudah memuat naik hantaran dalam Instagram (IG) dan mencari dirinya dan cuba menghubunginya melalui IG isterinya kerana dia tidak mempunyai akaun IG.
Khairul bersama isteri dan dua anaknya
Sementara itu isteri Khairul, NorIiyana Abdul Rahman, 35, mendedahkan suaminya itu sebelum ini sering menjadi bahan usikan keluarga dan rakan-rakan terdekat ekoran wajahnya mirip dengan Shuib Sepahtu hingga ada yang memanggil Khairul sebagai Shuib.
Tambah Norliyana, Khairul juga suka berlawak dalam kehidupan sehariannya. Dan Khairul lebih mirip wajah Shuib ketuika dia masih kurus, tidak seperti sekarang yang sudah agak berisi.
Jika wawancara secara langsung dengan Khairul menjadi kenyataan, ia bakal menaikkan ‘rating’ Sinar FM yang bakal menyambut ulang tahun ke-15nya tidak lama lagi. - KitaReporters