Terima kasih Keluarga Malaysia di Bera! Ismail Sabri seronok kalau dapat balik kampung! - Muhaini

Published by
KitaReporters


DI SEBALIK kekuatan seseorang lelaki, selalunya ada seorang wanita. Begitulah juga dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Muhaini Zainal Abidin turut mengambil peluang turun padang membantu suaminya berkempen di Parlimen Bera, Pahang dengan mengunjungi keluarga besarnya di Bera untuk mengucapkan ribuan terima kasih kerana terus memberi sokongan kepada PM yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang sedang berlangsung sekarang.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Muhaini Zainal Abidin


Pada 10 Nomber 2022, beliau yang mengambil peluang dalam acara beramah mesra dengan menyantuni penduduk FELDA Tembangau Satu, kelihatan begitu gembira disambut oleh penduduk kawasan itu yang rata-ratanya adalah mereka yang menjadi tulang belakang kepada aktiviti suaminya apabila pulang ke kampung.

Sebelum ini Muhaini dan PM sudah mengunjungi sebahagian besar keluarga di Bera untuk bertemu dengan sanak saudara, sahabat handai dan jiran serta peniaga dan peneroka sambil bertanya khabar.



Apa khabar? Terima kasih kerana sokongan.


Sambil bergambar dengan penduduk kampung Muhaini yang mendoakan agar Perdana Menteri terus kekal di Bera pada PRU15, turut mengambil kesempatan melawat dan mendengar taklimat mengenai jadual kempen, di Bilik Gerakan PDM Felda Tembangau.  

Kelihatan Muhaini mahupun Ismail Sabri yang mengunjungi kawasan berkempen, disambut mesra dan disapa sebagai Pak Long yang datang ke rumah untuk bertanya khabar dan ternyata Muhaini sangat anggun mengenakan vest parti sambil berbual mesra tanpa sebarang protokol.



DI sini, cintaku bermula. Tidak kira bangsa... Semua mahu mengabadikan kenangan dengan Muhaini.


Sebelum ini Ismail Sabri dalam Facebooknya mencatatkan keterujaannya balik kampung kerana suasana desa tetap paling best. 

"Berjumpa, berbual, sambil berkempen dengan orang-orang kampung yang saya amat sayangi. Terima kasih kepada Keluarga di Bera. 

"Saya doakan semua jentera di seluruh negara bekerja dengan penuh semangat demi kestabilan dan kemakmuran," katanya sambil mengucapkan, "Alhamdulillah, proses Penamaan Calon untuk Parlimen Bera dan tiga DUN; Guai, Triang dan Kemayan bagi PRU15 telah pun selesai."

"Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas kelancaran proses penamaan calon pada hari ini (5 November 2022)," tambahnya - KitaReporters

Setia berkhidmat dan berbakti untuk kesejahteraan rakyat.

19
11
0
12
0

Copy Link: