Video| Benar-benar dendam? Sekadar promosi? Aruz kena conteng! Jantan tak guna! Kaki janda! Balik!
Published by"KAKI janda, jantan tak guna balik rumah setan!" Itu antara coretan luahan marah yang tertera di sebuah kereta yang 'diconteng' yang menjadi tumpuan warganet sejak beberapa hari lalu.
Ramai yang melihatnya sebagai lucu dan tidak kurang pula menyuarakan rasa kasihan dan para wanita pula tergelak atas keberanian isteri pemandu terbabit.
Ia turut mengundang tanda tanya dalam kalangan orang ramai sama ada benar-benar kereta itu kena conteng oleh 'isteri' yang menjadi mangsa kenakalan suaminya atau sekadar promosi untuk sesuatu produk baru yang akan dipasarkan.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kehidupan janda-janda
Kereta Aruz berwarna putih itu kelihatan berkeliaran di sekitar ibu kota yang telah diconteng pada semua pintu depan dan belakang dengan kata-kata kesat seolah-oleh ia perbuatan balas dendam oleh pasangannya kerana lelaki itu dituduh kaki janda dan curang. Paling sadis pada kereta siap ditulis dengan arahan, "balik!"
Malah ada penumpang wanita yang nada menyindir berkata, "Ni confirmed (sahih) bini dia ni buatnya."
Malah pemandu kereta Aruz yang tertera dengan kata-kata itu terus memandu di sekitar bandaraya dengan selamba. Dia juga ada dikesan di Kampung Baru, berhenti untuk makan di sebuah restoran.
Semakan dalam Facebook MahaKarya ada beberapa promosi yang sedang dijalankan oleh syarikat berkenaan yang terkenal dengan produk vape.
Dalam salah satu muat naik iklan itu tertulis
THE MAHAKARYA..
Pengiran Adam Herriez Jr. III yang memuat naik video kereta itu TikToknya yang berlokasi di Kuching, Sarawak dengan nombor pendaftaran SYQ 7736 menulis, "Speechless, (tidak terucap)." sebab tulisan yang tertera pada pintu kereta itu kelihatan mengaibkan pemandunya.
Malah lontaran kata-kata jantan tak guna itu seolah-olah menggambarkan pemandu yang curang dengan janda.
Justice dalam komennya berkata,"Teringin rasa nak tengok muka owner (tuan punya) kereta siapa gerangannya ya." Malah AzwanZailani pula meminta kereta ini datang ke Kota Bharu Kelantan pula. Ini selepas Fyza 0109 mencelah supaya kenderaan berwarna putih dibawa jelajah ke seluruh negara.
FiqEzwan21 terus memberitahu,"tu sticker (pelekat) dari Maha Karya." dan Kak Dell pula menyampuk,"Takut jadi trend selepas ni. Banyak kereta akan jadi mangsa. (Mangsa contengan oleh orang yang berdendam)."
Pemandu 'malang' menjerit kepada pemandu kereta yang cuba menegurnya.
Nora shariff sebaliknya memuji contengan di kereta itu, "Jarang tengok kereta macam ini. Cantiklah pula." disambung komen oleh seorang lagi, May Edris, "Mungkin ini akan menjadi trend baru untuk tahun 2023."
Zaina dalam catatannya berkata,"Kau beli beras pun masih tak selamat bang!," ketika mengulas kata-kata Hamalin5189,"Malu apa bosku, beras kita beli."
Pengiran Adam Harriez Jr III ketika mengulas komen itu meminta warga TikTok, "Sama-sama kita doakan mamat ini balik nanti ye. Kawan-kawan yang baik hati boleh follow kita ye."
Sebagai menandakan kereta itu 'sengaja' ditempek dengan pelekat itu, MohdFazlimahfo.28 pula memberitahu, "Bini dia graphic designer (pereka grafik). Cantik elok tulisan." - KitaReporters