Video| Sangat membahayakan! Ibu pangku anak kecil untuk ajar pandu kereta! Teruk dikritik netizen!
Published by
KitaReporters
--title--
.
Memandu kereta di jalan memerlukan fokus, jika tidak boleh mengundang kecelakaan. Seorang wanita di kawasan perumahannya yang bertindak memangku anak perempuannya yang berusia 5 tahun dan mengajarnya memegang stereng ke kiri ke kanan, dianggap telah membahayakan pengguna jalan walaupun si ibu tetap menggunakan kakinya untuk menekan pedal minyak dan brek.
Aksi wanita dan kanak-kanak itu tular setelah dimuat naik pertama kali oleh Instagram @vegadelaga dan diulang siar sejumlah sosial media dan media elektronik di Indonesia.
Ia menerima teguran negatif daripada para netizen dengan rata-rata mengecam tindakan si ibu itu yang membahayakan diri sendiri dan si anak malah pengguna jalan yang lain walaupun ia bukan jalan utama.
Ada yang menyatakan jika ingin hendak memberi pengalaman si kecil memandu boleh melakukan di pusat beli belah yang menyediakan permainan berkereta untuk kanak-kanak.
Video yang dimuat naik dalam Instagram @folkshitt telah ditonton lebih 5 juta kali.
Sementara itu media Kompas menghubungi Pengarah Latihan, The Real Driving Centre (RDC), Marcell Kurniawan yang menyatakan bahawa perbuatan itu amat membahayakan kanak-kanak.
Tambahnya, si anak boleh kena hentaman ‘air bag’ (beg udara) yang boleh menyebabkan kecederaan serius.
Oleh itu katanya, penting untuk menunggu sehingga anak mencapai usia yang sesuai dan benar-benar siap secara fizal dan mental sebelum belajar memandu. - KitaReporters
11
7
0
8
0