Video| Waduh! Parah ni! Berebut ambil minyak masak selepas trak terbalik! Tapi pemandu tak ditolong!
Published byMasih ada sikap negatif dalam kalangan masyarakat. Jika berlaku kemalangan lebih ramai mencari kesempatan untuk kepentingan sendiri berbanding membantu pihak malang yang terlibat.
Ramai juga yang lebih suka mengambil gambar atau video untuk ditular dalam laman media sosial berbanding membantu pihak kecelakaan berkenaan.
Begitu juga jika berlaku kemalangan yang membabitkan barang makanan. Lebih ramai yang berminat untuk mengambil barangan yang boleh dipakai atau dimakan berbanding menyelamatkan mangsa yang terlibat.
Satu contoh terbaharu berlaku di jalan raya Desa Canggu, Kecamatan Jetis, Kabupaten Mojokerto, Jawa Timur pada Isnin, 12 Ogos 2024.
Sebuah trak yang membawa 7 tan minyak masak telah terbabas sehingga terbalik separuh badan lalu menyebabkan minyak masak yang dibawa tumpah.
Pemandu trak bernama Bibit Purwanto yang cuba mengelak terlanggar sebuah kenderaan telah terbabas.
Mujur trak terbalik separuh badan ke sebelah kiri membuat Bibit yang cedera terpaksa merangkak keluar sendirian. Sementara itu minyak masak yang dibawa melimpah di atas jalan.
Tiada seorangpun orang ramai yang melihat kejadian itu datang untuk membantu mengeluarkan Bibit dari lori. Malah kemalangan itu dianggap rezeki luar duga.
Orang ramai termasuk golongan sudah berusia lebih berminat untuk mendapatkan minyak masak yang tumpah itu. Mereka membawa bekas seperti baldi dan bekas botol besar air mineral atau botol biasa.
Anggota polis yang datang tidak dapat berbuat apa-apa dalam mencegah orang ramai berebut minyak masak itu. Mereka cuma mengawasi jalan agar tidak sesak dan mengawasi anggota bomba menyembur bahan kimia untuk mencegah jalan licin.
Sementara itu, peristiwa ini tular dalam sejumlah laman sosial, media cetak dan media elektronik di Indonesia. - KitaReporters