Kini pakaian lama, lusuh dan rosak boleh dikitar semula! Usaha Lipan bantu lestarikan alam sekitar!
Published byPengurus Felda Chemplak Barat, Wan Muzzami Wan Junus (tengah) menyerahkan bungkusan pakaian yang didermakan oleh penduduk kepada Muhammad Nurzakuan (kanan) sebagai simbolik penutupan Program Kitar Semula Pakaian di Gelanggang Gasing Felda Chemplak Barat, Labis, Johor pada 17 Januari 2024 lalu,
Tidak seperti sisa logam, kertas serta kaca yang sering diberi tumpuan setiap kali penganjuran program kitar semula, sebaliknya sisa fabrik khususnya pakaian lusuh tidak termasuk dalam senarai barangan popular apatah lagi berharga untuk dikitar semula.
Muhammad Nurzakuan Ahmad Khairan (kiri) menyusun bungkusan pakaian yang didermakan penduduk ketika Program Kitar Semula Pakaian di Balai Islam, Masjid Pekan Ayer Panas, Labis, Johor.
"Kami akan mengasingkan pakaian yang diterima kepada beberapa kategori di mana pakaian yang masih dalam keadaan baik dan boleh dipakai semula kami akan serahkan kepada Badan Bukan Kerajaan (NGO) untuk diagihkan kepada mereka yang memerlukan termasuk mangsa bencana seperti mangsa banjir dan golongan kurang berkemampuan," katanya ketika Program Kitar Semula Pakaian di Balai Islam, Masjid Pekan Ayer Panas, Labis, Johor.
Muhammad Nurzakuan menerima bungkusan pakaian terpakai daripada Pengerusi Masjid Nurul Hidayah, Felda Chemplak, Mazlan Sidi (kiri) ketika program Kitar Semula Pakaian di Felda Chemplak, Labis, johor.
Katanya, program kali ini bermula 26 hingga 31 Januari 2024 yang diadakan di Masjid Jamek Labis dan Balai Islam, Masjid Pekan Ayer Panas, Labis merupakan penganjuran kali kedua di daerah Segamat pada tahun ini (2024) di mana program pertama diadakan di Masjid Felda Chemplak dan Gelanggang Gasing Felda Chemplak Barat selama lima hari pada pertengahan Januari 2024 lalu.
Sebahagian pakaian terpakai yang didermakan oleh penduduk Felda Chemplak Barat, Labis, Johor.
"Walaupun program ini telah bermula sejak tahun 2019, namun di daerah Segamat hanya bermula pada tahun 2024 atas beberapa faktor termasuk perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang membataskan pergerakan kami.
"Di negeri Johor, kami menempatkan seorang pegawai operasi di setiap daerah dan mana-mana pihak yang ingin menjalin kerjasama dengan kami untuk menganjurkan program kitar semula pakaian lama atau sisa fabrik boleh melayari laman sesawang www.mylipan.com atau menghubungi talian 019-3695823 untuk mendapatkan keterangan lanjut," katanya. -KitaReporters
Pakai terpakai yang disumbangkan orang ramai ketika Program Taklimat Bersama Pelajar Tingkatan Enam, SMK Dato' Penggawa Timur. Masai, Johor dipunggah ke dalam lori untuk dibawa ke stor di Skudai, Johor.
Antara pelajar Tingkatan Enam SMK Dato' Penggawa Timur, Masai, Johor yang menyertai program taklimat dan Kempen Pengurangan Sisa Fabrik di sekolah tersebut.