LAZIMNYA sesetengah kaum Hawa akan menjadi keperitan kehidupannya dan menangis apabila berpisah dengan suaminya setelah mengalami keruntuhan rumah tangga yang terpaksa menempuh hidup bersendirian.

Ia amat  menyedihkan bagi wanita terbabit menempuh liku-liku hidup pada hari yang mendatang tanpa sang suami dan apatah lagi apabila digelar status janda yang dapat dibayangkan betapa malu dirinya di sisi masyarakat.

Namun, berduaan bersama suami yang tidak secocok adalah lebih baik hidup bersendirian daripada mempunyai seorang suami yang tidak bertanggungjawab ataupun tidak ada gunanya.


Lagi cerita-cerita kedukaan berkaitan kes perceraian

 


Baru-baru ini, seorang wanita di Bojonegoro, Jawa Timur, Indonesia menganggap perceraian dengan suaminya bukanlah suatu perkara yang menyakitkan hatinya sebaliknya ia amat menyeronokkan hati wanita itu. 

Wanita terbabit, Shinta Rahmawati dilihat terlalu gembira setelah disahkan perceraiannya dengan suaminya dari Pengadilan Agama Bojonegoro atau Pejabat Agama Daerah berkenaan.



Viral sebuah video, Shinta dengan tersenyum dan merasa bangga memegang Sijil Perceraian yang dikeluarkan oleh pemerintah itu di hadapan Pejabat Pengadilan Agama Bojonegoro. 

Akaun TikTok @blokbojonegoro memuat naik video tersebut dalam media sosial yang memperlihatkan seorang wanita iaitu Shinta yang baru sahaja selesai menjalani perbicaraan kes perceraiannya dengan suaminya dan wanita itu mendapat Sijil Perceraian.

Dipetik dari portal Wolipop pada 15 Julai 2022 lalu memberitahu sehingga kini, video berkenaan sudah ditonton lebih 1.7 juta pengguna dan mendapat 86,000 tanda suka.


 


‘’Iya, sekarang semuanya sudah selesai,’’ kata perakam video tersebut kepada Shinta yang baru sahaja berstatus janda. 

‘’Lebih baik menjadi janda daripada punya seorang suami yang tiada guna,’’ balas Shinta sambil ketawa.

Wanita bahagia itu yang memakai hijab berwarna pink, baju bergaris dan berseluar jeans di dalam video berkenaan akhirnya menjadi perbincangan dalam kalangan netizen di negara itu. 

‘’Saya yakin 100 peratus di sebalik ketawa dia, ada kesedihan kerana perceraian yang sangat pedih dihatinya,’’ ucap pemilik akaun @Abahaji. 

‘’Lukanya begitu dalam sehingga perpisahan pun membuatnya bahagia serasa merdeka,’’ jawab pemilik akaun @EKA sragen. 

‘’Pura-pura bahagia senyum, tertawa, padahal dalam hati aduh tak ada yang tahu,’’ kata pemilik akaun @wawanc6.


 


Sementara itu, Shinta ketika dihubongi Wolipop mengesahkan, dia merasa gembira selepas mendapat Sijil Perceraian dari Pejabat Pengadilan Agama Bojonegoro. 

‘’Pasal video tersebut ia dirakam bukan disengajakan tetapi secara spotan oleh teman saya sebelum dia viral dalam media sosial,’’ katanya pada 13 Julai 2022 lalu.

Shinta enggan mengulas lebih lanjut proses perceraiannya dan mungkin jodoh pernikahan dengan suaminya berakhir setakat itu sahaja. - KitaReporters


18
11
0
12
0

Copy Link: