Naib Canselor UUM bersarapan dengan warga emas dan asnaf.

SERAMAI 40 asnaf dan warga emas dari Kubang Pasu diraikan oleh Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah di Surau Muhajirin, Dataran Penjaja, Changlun pada 10 September 2022.

Haim Hilman dalam ucapannya mengharapkan program komuniti seperti ini dapat mendekatkan lagi universiti dengan masyarakat.

“UUM dekat dengan hati masyakat selain daripada kewujudannya sebagai institusi pendidikan tinggi di negeri ini dan negara amnya,” sambung beliau.

Katanya, pendekatan merakyatkan kampus ini seiring dengan harapan agar penduduk juga dapat menikmati kewujudan universiti ini


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan golongan warga emas

Warga emas dan asnaf bergambar kenangan dengan Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah.


Program yang dianjurkan oleh Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja Sosial (SAPSP) UUM dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan Warga Emas Langkasuka, Kubang Pasu (Pewaris) ini turut mengatur beberapa lawatan dan aktiviti lain antaranya ziarah Ke Masjid Zahir, Makam Diraja Langgar dan tempat lain sekitar bandar Alor Setar menggunakan bas UUM.

Selain memberikan ucapan, Naib Canselor turut bersarapan bersama warga emas dan asnaf yang kemudian mengiringi mereka ke bas yang disediakan dan menyampaikan cenderamata.


Warga emas dan asnaf yang hadir dalam perjumpaan ini.

Warga emas menerima sumbangan dari Prof. Dr. Haim Hilman.

Dalam pada itu, Pengerusi Pewaris, Dr. Zulkurnai Ghazali dalam ucapan aluannya memaklumkan mengenai pertubuhan sukarela ini yang berkonsep kebajikan untuk membantu warga emas dan asnaf yang hidup di bawah paras kemiskinan tegar dan miskin

Beliau turut berharap dengan penglibatan dan penyertaan UUM ini dapat mendekatkan hati masyarakat dengan universiti ini seperti yang diharapkan oleh Naib Canselor.

Turut hadir Dekan SAPSP, Prof. Madya Dr. Md Zawawi Abu Bakar. - KitaReporters


UUM turut sediakan bas untuk bawa mereka melawat sekitar Alor Star.

8
16
0
16
0

Copy Link: