Ibu tunggal, anak masih trauma, sakit! Terjun dari tingkap selamatkan diri masa rumah terbakar
Published byMuhamad Pehimi Yusof (kiri) memberi kata-kata semangat kepada mangsa kebakaran Azma Abd Rahman.
MALANG yang menimpa ibu tunggal dan anak perempuannya dalam tragedi rumah terbakar bukan sahaja kehilangan rumah kediaman dan harta benda malah mangsa masih lagi dalam keadaan trauma dan kesakitan akibat mengalami kecederaan pada kepala dan pinggang selepas terjun menyelamatkan diri dalam kejadian tersebut.
Mangsa, Azma Abd Rahman, 45, dan anaknya, Raidah Khairudin, 22, yang tinggal di Kampung Seberang Jertih, Besut, Terengganu terpaksa menahan sakit akibat terkena lima jahitan di kepala selain sakit pinggang ketika terjun dari ketinggian empat meter dari tingkap rumah dan terjatuh ke tanah.
Lagi kisah-kisah tragedi berkaitan kebakaran:
https://kitareporters.com/search?search=kebakaran
Azma Abd Rahman
Bagaimanapun, dalam kejadian pada jam 1 pagi selasa 2 Februari 2021 itu, anaknya Raidah hanya mengalami kecenderaan ringan yang juga terjun dari tingkap rumah untuk menyelamatkan diri selepas api sedang marak membakar rumah mereka.
Dua beranak terbabit kini terpaksa menumpang di rumah ibu Azma di Kampung Beris Pak Abu, Kuala Besut selepas rumah pusaka keluarganya berusia lebih 100 tahun musnah dalam kebakaran tersebut.
Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman menyampaikan sumbangan kepada adik ipar Azma, Mohd Samsi Muhamad
Azma berkata, keadaanya walaupun tidak parah tetapi
ia meninggalkan kesan mendalam terutama pada bahagian kepala yang cedera ketika
membuat penerjunan dari tingkap rumahnya untuk menyelamatkan diri.
Susulan kejadian yang tidak diduga itu, pelbagai pihak yang bersimpati dengan nasib yang menimpa dua beranak tersebut dan tidak putus-putus berkunjung ke lokasi kebakaran untuk melihat sendiri kesan kemusnahan rumah tersebut.
Azma (kiri) bersama anaknya Raidah Khairudin yang terselamat dalam kebakaran rumahnya di Kampung Seberang Jertih, Terengganu
Dua Ahli
Dewan Undangan Negeri (ADUN) iaitu ADUN Jertih Datuk Muhamad Pehimi Yusof dan
ADUN Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman adalah antara pemimpin
setempat yang turut hadir memberi bantuan kepada ibu tunggal tersebut.
Manakala Ahli Parlimen Besut, Datuk Seri Idris Jusoh yang juga Pengerusi FELDA yang berada di Kuala Lumpur menghantar Pegawai Khasnya, Rozali Embong untuk menyampaikan sumbangan kecemasan.
Bukan itu sahaja, ramai netizen yang mengetahui kejadian yang menimpa ibu tunggal tersebut menyampaikan simpati menerusi media sosial sambil berdoa agar mangsa terus tabah menghadapi ujian Allah.
Rumah kayu berusia lebih 100 tahun musnah dalam kebakaran pada 2 Februari 2021.
Mengenai masa depan kehidupan dua beranak itu, Azma berkata, pihak Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) ada memaklumkan kepadanya pihak berkenaan sedang berusaha untuk mendapat rumah kediaman menerusi Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).
“Saya mendoakan semoga pihak terbabit akan membina
segera sebuah rumah untuk kami tinggal dan meneuskan kehidupan lebih sempurna,”
katanya. - KitaReporters