KUCING yang menjadi penjaga bangunan bersejarah dan bekas muzium, Masjid Hagia Sophia di Istanbul, Turki bernama Gli akhirnya meninggal dunia hari ini, Ahad, 8 November 2020 dalam usia 16 tahun kerana sakit. Nampaknya Hagia Sophia, yang baru-baru ini ditukar semula menjadi masjid, bukan hanya dijaga oleh manusia. Malah turut dijaga oleh seekor kucing comel bernama Gli. : KitaReporters


Kematian Gli diumum dalam IG-nya, @hagiasophiacat (kucing Hagia Sofia).

Lagi cerita-cerita berkaitan kucing:

https://kitareporters.com/search?search=kucing


Gli adalah kucing belang yang berusia 16 tahun dan selalu ada di Masjid Hagia Sophia. Gli sejak beberapa tahun kebelakangan ini menjadi tular dan menjadi ikon Hagia Sophia.

Ramai pelancong berfoto dengan Gli. Kucing ini turut mempunyai Instagram (IG) dikenali sebagai @hagiasophiacat.

Menurut beberapa sumber, Gli sakit tua dan dirawat di sebuah klinik haiwan. Tapi ternyata Gil tidak mampu bertahan lagi dan akhirnya mati.


Gill bertahun-tahun menjadi ikon Hagia Sophia

"Kucing Hagia Sophia, Gli dirawat di klinik haiwan swasta (daerah Levent, Istanbul) sejak 24 September 2020, sayangnya meninggal kerana usia tuanya. Kami tidak akan pernah melupakanmu, Gli," kata Datuk Bandar Istanbul, Ali Yerlikaya, dalam tulisannya dalam Twitter.

Melalui akaun instagramnya, datuk bandar kota metropolis Turki itu menyatakan bahawa Gli sudah tidak lagi menjaga Hagia Sophia. Kolum komentar pun dipenuhi  dengan ucapan sedih.

"Kami begitu bersedih," ujar sebuah akaun dalam kolum komentar. Postingan terakhir berupa foto Gli dengan latar belakang kubah Hagia Sophia.

Kini peminat Gli hanya dapat  melihatnya daalam laman IG sahaja. 





Gill menjadi rebutan pelancong untuk bergambar bersama


Sebelum menjadi masjid semula, Hagia Sophia adalah muzium. Gli sudah menjaga Hagia Sophia dan tidak merasa terganggu dengan kedatangan pelancong mahupun jemaah yang ingin bersolat. 

Selama beberapa tahun terakhir, masjid Hagia Sophia sudah menjadi rumah Gli. Para penjaga di sana juga merawat Gli dengan sangat baik. - KitaReporters




0
0
2
0
0

Copy Link: