Video| Wanita sabar ekori ibunya yang merajuk! Mahu lari rumah sambil bawa bakul berisi baju!
Published bySABAR melayan kerenah warga emas kerana secara lumrah semakin berusia seseorang itu akan menjadi lebih sensitif. - Kredit foto: Astro Awani.
Mempunyai ibu dan ayah yang berusia perlu banyak bersabar, kadang-kadang kerenah mereka mengalah anak-anak kecil.
Ini kerana secara lumrahnya, semakin meningkat usia, seseorang itu akan menjadi lebih sensitif. Kudrat dan kesihatannya ditarik sedikit demi sedikit. Malah, pendengaran semakin kurang, penglihatan juga begitu, tutur kata dan pergerakannya juga menjadi lebih perlahan.
Sebagai anak dan penjaga banyakkan bersabar selagi mampu kerana pengorbanan yang dilakukan si ibu atau ayah dalam membesarkan kita suatu masa dulu tiada siapa yang tahu kesukaran itu.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan warga emas
https://kitareporters.com/search?search=warga+emas
Baru-baru tular kisah seorang wanita yang cuba memujuk ibunya yang mengamuk dan bertindak melarikan diri daripada rumah dengan membawa bakul berisi baju.
Wanita berkenaan, Amurosidah Abdullah menerusi
aplikasi TikTok milik berkongsi video sedang mengekori ibunya yang juga seorang
OKU pendengaran di jalan raya besar selepas merajuk dan mahu melarikan diri
dari rumah.
"Pada yang ada family istimewa ini akan merasa dan tahu ragamnya... selagi cda bernyawa akan tetap sabar untuk jaga mak samapai akhir haat," kongsinya.
Kejadian berkenaan bukanlah pertama kali berlaku kepada mereka sekeluarga malah sejak kecil lagi menyebabkan dia dan adik beradik lain sentiasa sabar dan menuruti kerenah ibunya selain banyak bersabar.
Bimbang keselamatan ibunya yang sudah berusia, Amurosidah hanya mempu mengekori dengan menaiki kereta dari arah belakang bagi mengelak sesuatu yang buruk berlaku.
Namun dia bernasib baik kerana didatangi seorang
lelaki yang cuba memujuk ibu, namun tetap ‘tidak jalan’ dengan pujukan berkenaan
membuatkan ibunya terus berjalan di jalan raya yang sibuk.
Menerusi video yang dimuat naik ibunya terus berjalan walaupun lelaki berkenaan cuba memujuknya sambil menyatakan bahaya berjalan seorang diri di jalan raya yang sibuk dan sesak.
Amurosidah berkata dia bagaimanapun tidak membiarkan
begitu sahaja ibunya yang sedang merajuk dengan menghubungi adik beradik yang
lain supaya dating memujuk.
Bersyukurnya tidak lama kemudian adiknya tiba di bahu
jalan dan memberhentikan kereta di tepi bahu jalan sebelum ibunya masuk ke
kenderaan berkenaan.
Nasib baik tiada perkara buruk kepada ibunya, maklumlah berjalan seorang diri di jalan raya yang besar sesak itu sangat membahayakan nyawa .
Sementara itu menjengah ke ruangan komen ramai yang berkongsi pengalaman sama yang dilalui Amurosidah. Malah ada yang menasihati supaya terus bersabar melayan karenah ‘syurga’ itu walaupun dalam apa jua keadaan.
Bersabarlah selagi mampu, semua yang berlaku ini akan dijadikan kenangan terindah apabila dia tiada lagi di dunia fana ini.
Biarlah kita berpenat hari ini melayan kerenahnya daripada menyesal di kemudian hari.
Semoga Amirosidah terus cekal dan sabar melayan ibu… Ingatlah ini kunci syurga kita dan teruskan berbakti selagi hayat dikandung badan. - KitaReporters
HARGAI jasa dan pengorbanan golongan warga emas ini, walaupun mereka tidak lagi sekuat dulu. - Kredit foto: Wilayahku.