Video| Wanita jiwa kental! Dulu ibu elak lalu titi, kini cekap dan yakin! Syabas! Semoga lulus

Published by
KitaReporters


PROSES mengambil lesen memandu kenderaan mahupun lesen motosikal bukanlah sesuatu yang mudah, memerlukan ketelitian yang tinggi untuk lulus ujian berkenaan. Malah menunggu saat dipanggil oleh pegawai JPJ menjalani ujian berkenaan membuat calon menjadi ketakutan dan serba tidak kena kerana bimbang tidak dapat melakukan dengan sempurna.

Baru-baru ini tular kisah seorang wanita yang mencuit hati ketika menjalani latihan di litar.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan motosikal:

https://kitareporters.com/search?search=motosikal




Dalam latihan berkenaan, wanita itu sepatutnya melalui titi kecil yang menjadi satu daripada halangan dalam ujian berkenaan.

Mungkin kerana terlalu takut dan berdebar-debar melalui titi yang kecil itu, wanita itu kelihatan selamba menggunakan laluan biasa.

Ni mesti kes terlalu takut jadi elak keadaan tidak diingini berlaku menyebabkan dia terus menggunakan jalan biasa.

Situsi berkenaan menyebabkan tenaga pengajar yang ada di kawasan berkenaan tepuk dahi melihat aksi calon berkenaan.

Alahaiiii…mak cik lucu betul!



Aksi lucu dimuat naik anak kepada wanita berkenaan sebelum berkongsi dalam aplikasi TikTok miliknya @shyamakeover54.

Namun itu kisah bulan lalu yang menunjukkan ibunya masih ketakutan ketika menjalani latihan.

Terbaharu, Shya berkonsi video ibunya yang semakin berani menjalani dan yakin untuk melalui titi kecil yang perlu dilalui dalam tempoh tujuh saat.

Kongsi Shya ibunya cekap menunggang motosikal dan hanya menunggu masa untuk diuji.

Dia juga sempat memohon doa daripada semua supaya ibunya lulus dengan semurna dan memperoleh lesen.




Wah kemain lagi lalu titi…laju pulak tuh. Hati-hati nanti dapat surat cinta daripada polis kan!.

Semoga ibu Shya lulus dengan jayanya dan peroleh lesen B Full secara sah. - KitaReporters


2
0
0
0
0

Copy Link: