"LAIN padang lain belalang, lain orang lain ragamnya". Perumpamaan itu sesuai mengambarkan pendekatan seorang pengguna Facebook, Zura Aziz yang menghargai pengorbanan dan jasa Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan cara tersendiri iaitu melalui pantun. : KitaReporters



Lagi kisah-kisah berkaitan pantun:

https://kitareporters.com/search?search=pantun


Meskipun sekadar menzahirkannya melalui alam maya yakni menerusi  ruangan komen dalam ‘page’ Friends Of PDRM, namun usaha itu jelas membuktikan usaha kesungguhannya bagi menceriakan dan memberikan kata-kata semangat buat abang dan kakak polis.

Pantun-pantun ‘dijual’ Zura Aziz atau nama sebenarnya Nor Azura Abd Aziz, 28, bukan sekadar menambat hati netizen tetapi juga mendapat perhatian ‘admin’ page sehingga sudi hadiahkan sehelai jersi (edisi terhad) Friends Of PDRM ‘ Salute Wira Negara’ kepadanya. 


NOR AZURA ABD AZIZ menggunakan nama akaun Facebook, Zura Aziz. 



Menurut Zura Aziz, dia terfikir  ‘menjual’ pantun sebagai usikan kepada pasukan keselamatan itu setelah melihat gambar-gambar berkaitan anggota polis dimuat naik admin yang pada pandanganya kelihatan seperti tertekan dan keletihan.

“Saya baharu ikuti page Friends Of PDRM awal bulan ini. Sebelum ini, saya sekadar memerhati saja sehinggalah sekitar minggu lepas berani tinggalkan komen dan timbul idea berpantun sebenarnya secara spontan setelah melihat satu status.

“Pantun pertama saya berunsur jenaka, niat saya ketika itu hanya untuk hiburkan anggota polis. Tidak sangka ada pengguna Facebook yang perasan lalu berikan pelbagai komen, ada yang menyokong dan begitu juga sebaliknya.

“Saya sering gunakan ‘tagline’ jiran, ia sebenarnya merujuk kepada diri sendiri. Saya tidak harapkan apa-apa selain berpantun sebagai ucapan terima kasih dan semangat kepada polis selaku barisan hadapan terutamanya bagi perangi COVID-19,” katanya ketika dihubungi KitaReporters.

Tambah Zura Aziz yang bertugas sebagai pengawal keselamatan di sebuah pasar raya di Meru, Selangor ini, sehingga kini sudah lebih 10 pantun ‘dijualnya’  dan meskipun turut dilemparkan komen negatif namun dia akan tetap berpantun bagi hargai pegawai serta anggota polis.


Zura Aziz bakal menerima sehelai jersey daripada admin page Friends Of PDRM selaku Top Fan yang paling glamour. 

Katanya lagi, dia juga tidak menyangka apabila ‘admin’ page memuat naik hantaran status pada 24 November 2020 dengan beberapa koleksi pantun ciptaannya dan sudi hadiahkan sehelai baju kepadanya sebagai penghargaan sebagai ‘Top Fan’ paling glamour.

“Saya hargai dan berterima kasih kepada ‘admin’ atas kesudiannya itu. Saya juga telah berikan segala maklumat yang diperlukan,” katanya yang merupakan pelajar aliran sastera sewaktu di sekolah menengah dulu dan berasal dari Ipoh, Perak.

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen ada dalam kalangan pengguna Facebook telah menjadi peminat setia Zura Aziz sehinggakan ternanti-nanti pantun kerana dapat menghiburkan hati sesiapa jua yang membacanya.


Antara komen-komen positif dan sokongan pengguna Facebook kepada Zura Aziz. 


Pages Friends Of PDRM sebagai tanda sokongan kepada pihak polis. 


Page Friends Of PDRM kini mempunyai 1.2 juta pengikut dan kewujudannya sebagai tanda sokongan kepada PDRM kerana Polis dan Masyarakat, Berpisah Tiada. - KitaReporters

65
5
4
0
1

Copy Link: