Selamat tinggal Malindo Air! 2,200 macam burung patah sayap!
Published byBUKAN main-main lagi, ternyata sektor penerbangan negara kita makin parah dan tidak dapat diselamatkan lagi. Lepas satu, satu syarikat penerbangan terpaksa 'gulung tikar' akibat tempias impak pandemik Covid-19 yang berlaku seluruh dunia. Terkini, syarikat Malindo Airways Sdn Bhd (Malindo Air) juga terpaksa mengurangkan sekitar 2,200 daripada 3,200 kakitangan untuk beroperasi pada skala lebih kecil. : KitaReporters
Lagi cerita-cerita berkaitan kapal terbang:
https://kitareporters.com/search?search=kapal+terbang
Walaupun bercampur derita, sedih dan marah, kakitangan yang terpaksa mengundur diri daripada Malindo Air dilihat lebih pasrah dan menerima akan takdir Ilahi ini.
Mereka mengambil peluang untuk meluahkan isi hati melalui laman media sosial, khususnya dalam ciapan Twitter milik masing-masing.
Ternyata luahan dan ekspresi mereka dalam Twitter telah menarik ramai netizen untuk bersimpati sehingga ia menjadi 'trending' dalam media sosial pada 31 Oktober dan 1 November 2020.
Mereka menggunakan hashtag #Malindo sebagai menunjukkan dedikasi kepada syarikat yang pernah menjadi tempat mencari rezeki.
Siapa sangka, punca pendapatan mereka di syarikat penerbangan berkenaan tidak bertahan lama. Ada yang menangis, ada yang berjiwa besar masih tersenyum, malah ada yang berfikir secara positif terhadap apa yang terjadi keatas diri mereka ini.
Sebelum ini, dua syarikat gergasi penerbangan negara iaitu Malaysia Airlines Berhad (MAB) dan AirAsia juga telah mengumumkan pelan pemulihan syarikat mereka bagi menghadapi pandemik Covid-19 ini. Antara langkah yang diambil adalah dengan mengurangkan jumlah kakitangan dan mengurangkan pendapatan pengurusan tertinggi syarikat.
Walaupun Malindo Air agak terlambat dalam mengambil langkah memberhentikan kakitangannya, namun masanya tetap tiba juga. Hari ini adalah bukti kepada semua terutama kakitangan sektor penerbangan negara bahawa pandemik Covid-19 benar-benar memberi kesan yang mendalam terhadap semua sektor pekerjaan.
Semoga Allah SWT memberi balasan setimpal kepada mereka yang terkena musibah berat sebegini, sama-samalah kita doakan. - KitaReporters