``MAK cik hanya tahu rumah hangus musnah dijilat api apabila ada seorang kawan menelefon mak cik yang mengatakan rumah mak cik terbakar. Semasa kejadian itu, mak cik serta suami mak cik tiada di rumah kerana kami pergi menghantar dua orang cucu di rumah anak mak cik yang berada di Kampung Bukit Putera, Setiu." : KitaReporters 


Anggota Bomba sedang memadam api rumah Kamariah Mahmud di Kampung Seri Bayas, Bandar Permaisuri, Setiu, Terengganu.


Lagi cerita-cerita berkaitan kebakaran:

https://kitareporters.com/search?search=kebakaran


Begitulah kisah sedih mak cik Kamariah Mahmud , 52, yang masih lagi tidak percaya  dengan kejadian yang berlaku itu dengan sekelip mata sahaja.

Dalam kebakaran yang dipercayai berlaku kira-kira pukul 3.30 petang semalam, Sabtu17 Oktober 2020, rumah Kamariah yang didiami bersama suaminya, Wan Kadir Wan Sulaiman, 62, dan seorang anaknya di Kampung Seri Bayas, Bandar Permaisuri, Setiu, Terengganu musnah. 


KAMARIAH Mahmud (tengah) bersama anak serta cucunya kini menumpang di rumah ibunya di Kampung Seri Bayas, Bandar Permaisuri, Setiu.


RUMAH Kamariah yang sedang hangus dijilat api.


Kebakaran yang berlaku selama kira-kira 40 minit itu menyebabkan tiga beranak terbabit tinggal sehelai sepinggang selain mereka mengalami kerugian kira-kira RM100,000. 

Turut hangus dalam kebakaran yang menimpa ke atas Kamariah yang suaminya berkerja sebagai penoreh getah ialah tiga buah motorsikal dan wang tunai RM1,200.


KAMARIAH MAHMUD


Kamariah yang masih sedih dengan kejadian itu memberitahu ketika itu beliau bersama Wan Kadir sedang berada di rumah anaknya di Kampung Bukit Putera untuk menghantar dua orang cucunya. 

``Mak cik ambik cucu itu pada hari Khamis lagi untuk buat balik di rumah mak cik di sini dan tengah hari tadi (17 Oktober 2020)  mak cik terpaksa hantar semula cucu itu kerana esok cucu mak cik bersekolah. 

``Semasa mak cik sedang berehat di rumah itu tiba-tiba mak cik terdengar telefon berbunyi dan apabila mak cik menjawab panggilan itu mak cik memang amat terkejut dan tidak menyangka rumah kami sudah terbakar,’’ katanya ketika ditemui petang semalam (17 Oktober 2020). 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Setiu, PPgB Zul Azman Jamaludin ketika dihubungi berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran itu kira-kira pukul 3.51 petang. 

Menurutnya, sebalik sahaja anggota bomba tiba di tempat kejadian itu mendapati rumah mangsa sedang hangus dijilat api dan pihaknya berjaya mengawal api itu  merebak mengambil masa selama 15 minit.


WAN JAIS MOHAMAD


Sementara itu, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Seri Bayas, Wan Jais Mohamad ketika dihubungi berkata, berikutan dengan kejadian itu pihaknya telah membuat laporan kepada Pejabat Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Permaisuri, Setiu untuk tindakan selanjutnya . 

Menurutnya, MPKK kampung itu telah mengagihkan sedikit sumbangan kepada tiga beranak itu yang kini menumpang di rumah ibunya di kampung yang sama. - KitaReporters


0
1
4
1
0

Copy Link: