Mayat warga emas ditemukan! Mati lemas dalam parit tali air!
Published by“AYAH memaklumkan ada jemputan solat hajat di rumah jiran selepas selesai solat isyak di Surau Kampung Gerai Muda, dekat Jertih, tetapi keluarga terkejut apabila tidak pulang ke rumah selepas lewat malam,” kata Amran Muhammad, 49, anak mangsa lemas Muhammad Awang, 74. Arwah pergi ke surau dengan menunggang motosikal dan kebiasaannya pulang ke rumah selepas selesai menunaikan solat di surau berkenaan. : KitaReporters
Orang ramai melihat pihak pasukan penyelamat menjalankan gerakan mencari warga emas yang hilang di Kampung Gerai Muda di Jertih, Terengganu.
Lagi cerita berkaitan mati lemas:
https://kitareporters.com/search?search=lemas
Bagaimanapun, kata Amran, apabila ibunya terjaga daripada tidur pada jam 3 pagi tadi (Isnin 17 Ogos 2020) dan baru dia perasan ayahnya masih belum pulang. Ibu segera menghubungi kami adik beradik serta penduduk kampung untuk mencari ayah, katanya lagi.
Amran berkata, beberapa rakan bapanya sempat melihat arwah pulang menunggang motosikal melalui jalan yang sering dilaluinya untuk pulang ke rumah.
Mangsa Muhammad Awang
Akhirnya, warga emas tersebut ditemukan lemas selepas motosikal yang ditunggangnya dipercayai terbabas dan terhumban ke dalam tali air di Kampung Gerai Muda, Jertih, Terengganu lewat semalam, Ahad, 16 Ogos 2020.
Pasukan pencari mengangkat mayat mangsa yang ditemui di parit tali air
Sebelum itu, kata Amran, hasil pencarian awal, penduduk menemui motosikal arwah ayahnya terjunam ke dalam tali air pada 5.30 pagi.
Amran berkata, operasi pencarian diteruskan dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan mayat arwah bapanya ditemui pada pukul 10.15 pagi hari ini, Isnin 17 Ogos 2020 kira-kira dua kilometer dari tempat jatuh kerana dibawa arus air deras.
Mayat mangsa ditemui orang awam
Menurut Amran, bapanya tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan dan sering ke surau untuk belajar ilmu agama.
"Namun
sejak beberapa hari ini arwah kelihatan lebih pendiam berbanding biasa sama ada
ketika bersama keluarga atau rakan,” katanya.
Sementara
itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jertih, Muhammad Tarmimi Che Musa
berkata, pihaknya menerima panggilan pada 7.19 pagi daripada orang awam
memaklumkan kejadian itu.
Pasukan penyelamat mencari mayat warga emas yang terjatuh dalam parit tali air
Katanya, seramai tujuh anggota diarahkan ke tempat kejadian untuk menyertai misi mencari mangsa lemas.
"Mangsa berjaya ditemui orang awam dan dibawa naik ke
daratan pada 10.15 pagi sebelum diserahkan kepada polis. Operasi tamat pada
11.05 pagi," katanya. - KitaReporters