Video| Inilah hidayah Ramadan! Tersentuh dengar azan! Wanita Ukraine ikhlaskan diri peluk Islam!

Published by
KitaReporters

Masjid Orhan Gazi di bandar Bursa, barat laut Turki. 



HIDAYAH itu milik Allah, dia berhak untuk memberikannya kepada sesiapa yang Dia mahu.

Itulah juga berlaku kepada seorang wanita Ukraine apabila tersentuh hati untuk memeluk Islam hanya kerana kemerduan azan ketika berada berhampiran Masjid Orhan Gazi di bandar Bursa, barat laut Turki.


Lagi kisah-kisah menarik mereka yang memeluk Islam 


Wanita berkenaan ketika itu sedang dalam lawatan ke Turki mengakui rasa berdebar dan teruja mendengar kemerduan azan lalu tanpa memikirkan panjang memutuskan untuk memeluk Islam.

Allah… hebatnya apabila Allah pegang hatinya!.

Daria Yaroshenko ketika itu sedang menikmati makanan di sebuah restoran di daerah Iznik bersama suaminya, dia mendengar azan dari Masjid Orhan Gazi itu. 

Namun ketika ralik menjamu selesa, hatinya terpegun mendengar alunan azan yang diperdengar di masjid.

Lalu, wanita cantik tersebut terus mengajak suaminya pergi ke masjid berkenaan dan bertemu dengan seorang bilal masjid yang dikenali Osman Cakmak dan menyuarakan hasrat hatinya.



Kongsi Daria, alunan azan membuatkan hati jadi tenang selepas dia mendengar azan, dan mengakui sangat mengagumi suara bilal tersebut.

"Saya rasa berdebar. Saya menghayati al-Quran dalam Internet dan kemudian saya memutuskan untuk menjadi seorang Muslim," katanya.

Sementara itu, Imam Iznik Uzeyir Yavas berkata, Daria menghubungi pihak masjid selepas terpegun dengan laungan azan.

"Kami sangat gembira kerana momen indah ini berlaku pada bulan suci Ramadan.

"Kami mengucapkan tahniah kepada saudari, suami dan bilal yang melaungkan azan. Bacaan doa yang baik boleh membawa kepada peristiwa yang begitu indah," katanya sambil menambah bahawa mereka juga menghadiahi wanita cantik tersebut senaskah al-Quran.



Menariknya, selepas memeluk Islam wanita itu barhasrat untuk menjadi penduduk di Turki bagi memudahkan aktiviti dengan agama baharunya.

Dia kini tinggal di bandar laut Yalova dan menukar namanya kepada Derya.

Namun wanita itu berkata, dia masih menaruh harapan untuk kembali ke tanah airnya di Ukraine namun perlu menunggu masa sesuai memandangkan keadana kini di negaranya itu masih lagi berkecamuk. 

Perang Rusia-Ukraine yang bermula pada 24 Februari 2022 lalu telah menimbulkan ketegangan dunia, selain mengorbankan ribuan penduduk yang tidak bersalah. - KitaReporters


9
14
0
12
0

Copy Link: