SEBUT sahaja Abang Viva satu malaya mengenalinya, anak jati Alor Gajah, Melaka itu mula dikenali selepas terlibat kerja-kerja kemasyarakatan pada banjir di Lembah Klang pada 2021 lalu yang berbekal sebuah kereta kecil milik keluarga dengan membawa sebuah bot untuk misi membantu mangsa banjir.

Kali ini, dia sekali lagi turun kawasan yang berdepan dengan banjir di Terengganu bagi membantu mangsa-mangsa terjejas.


Lagi kisah-kisah menarik mengenai bantuan banjir



Namun menariknya kehadiran kali ini bukan lagi dengan viva milik keluarganya tetapi menggunakan pacuan empat roda Mitsubishi Triton yang dihadiahkan oleh usahawan kosmetik, pada Januari 2022 lalu.

Alhamdulillah beruntungnya...




Namun di sebalik keterujaan melakukan misi bantuan banjir, Abang Viva dikejutkan apabila ada yang mengambil kesempatan terhadap pemilik sebenar nama Azwan Omar ini.

Dikatakan ada individu yang tidak jujur menggunakan namanya dengan membuka akaun palsu Facebook dan menggunakan gambarnya dan namanya dipercayai bertujuan memperdaya orang ramai bagi meraih dana.

Namun atas dasar keprihatinan netizen, ada yang menyedari tindakan tersebut bukanlah milik Abang Viva kerana hero Melaya itu tidak pernah meminta-minta untuk mendapat sumbangan dalam kerja kebajikannya.

Kewujudan akaun Facebook palsu itu dikesan berlegar dalam media sosial sejak beberapa hari lalu.

Namun  Abang Viva bernasib baik apabila ada dalam kalangan netizen yang berjaya ‘menghidu’ penipuan akaun terbabit berdasarkan ejaan pada nama Azwan pada akaun Facebook berkenaan yang berbeza daripada akaun rasmi Abang Viva yang menggunakan nama Azwan Omar.



Sangat mengejutkan apabila Abang Viva yang mengetahui perkara itu hanya menjawab  ringkas. Malah dia berharap si pelaku itu mendapat hidayah dan berhenti melakukannya.

Azwan berkata, dia sudah lali dengan insiden sedemikian termasuk tindakan individu terbabit yang meminta dana ihsan orang ramai. Malah teruna berusia 30 tahun itu berkata sebelum ini pernah ada individu yang tidak bertanggungjawab melakukan 'kerja' bagi mengutip dana.

“Jujurnya perkara menyamar begini saya dah macam biasa hadapi sebab dulu pun masa awal-awal saya viral ada juga yang buat akaun palsu sebegini.

“Biarlah.. itu antara dia dengan Tuhan dan saya doakan dia mendapat hidayah Allah, tidak ada kesan pun pada saya,” katanya. Malah abang viva berkata dia tidak berhasrat untuk membuat laporan polis dengan tindakan tidak bertanggungjawab tersebut.



Katanya dia yakin netizen hari ini sudah bijak dan boleh menilai ketulenan sesuatu akaun tersebut.

“Benda-benda menyamar macam ini tak ke mana pun. Biarlah… tak lama lagi dia berhentilah tu,” katanya yang tidak mahu memanjangkan perkara itu.

Malah, Abang Viva berkata, kerja jahat itu langsung tidak mengganggu diri bersama beberapa rakan lain yang kini sedang menyelesaikan misi bantuan ke Terengganu.

Lelaki itu berkata, selepas misi selesai di Terengganu dia berhasrat untuk meneruskan misi membantu mangsa-mangsa banjir ke Kelantan namun bergantung kepada keadaan semasa banjir.

Semoga niat suci abang viva ini dapat membantu ramai mangsa yang terjejas dalam banjir. - KitaReporters


16
9
0
11
0

Copy Link: