Suami kejam! Kes panas baran! Curah isteri dengan air panas kerana kejutkan untuk bersarapan!

Published by
KitaReporters

Bahagian belakang tubuh Rukiye melecur akibat dicurah air panas oleh suaminya. Krdit foto: newsflash


Sifat panas baran perlu dikawal, jika tidak boleh memakan diri sendiri dan orang tersayang. Peristiwa yang terjadi di bandar Konya, Turki ini perlu dijadikan panduan bagi pasangan suami isteri untuk dapat mengawal perasaan.

Seorang suami, Ali Ay, 28, ditahan polis kerana mencurah air panas pada badan isterinya, Rukiye Ay, 23, kerana membawa sarapan kepada Ali di tempat tidur sebagai memberi ‘kejutan’.


Lagi kisah-kisah sedih berkaitan kejam:

https://kitareporters.com/search?search=kejam


Rukiye mendapat rawatan segera selepas disimbah air panas oleh suaminya. - Kredit foto: newsflash.


Menurut pihak polis, insiden itu terjadi di rumah pasangan suami isteri itu di bandar Konya, Turki, pada 9 Januari 2021 lalu.

Ali dikatakan menyimbah isterinya yang dikahwini sejak 5 tahun lalu dengan air panas kerana tidak mahu dibangunkan pagi itu.

Dalam temu bual dengan Mirror.com, Rukiye menyatakan detik-detik peristiwa itu.

"Dia marah-marah dan tanya kenapa saya membangunkannya, lalu kata kepada saya untuk tidak mengganggunya, jadi saya bersarapan dengan anak perempuanku," kata Rukiye.


Ali dan Rukiye pada awal perkahwinan mereka. - Kredit foto: newsflash


"Dia lalu mencurah air panas pada leherku. Dia hendak menyimbah pada wajah saya dan menyatakan akan menceraikan saya tetapi saya terus membalikkan badan.

"Saya merasakan baju melekat di kulit. Dia kemudian menyimbah kan baki air panas ke arah saya dan sebahagian mengenai kaki anak saya dan bakinya ke punggung saya.

"Saya cuba melarikan diri, tetapi saya pengsan kerana kesakitan. Apabila sedar, saya mendengar anak perempuan saya menjerit dan menarik rambut saya lalu menyeret saya ke bilik mandi," sambung Rukiye.   

Rukiye mengaku mendapat kekuatan ajaib untuk bangun ketika mendengar anaknya menangis. 

Dia lalu menelefon ayahnya, dan mencari kesempatan untuk lari kepada jiran demi mencari perlindungan dan menelefon polis yang kemudian menangkap suaminya.


Rukiye dan anak perempuannya. - Kredit foto: newsflash


Rukiye kemudian dihantar ke hospital. Ali setelah ditahan kemudian dibebas atas jaminan polis.

Ia menumbulkan kemarahan orang ramai menyebabkan dia ditahan semula. Penahanan semula Ali adalah atas perintah Ketua Hakim Negara Turki, setelah adanya aduan daripada peguam Rukiye.

Ali menghadapi dakwaan telah menyebabkan cedera parah pada badan isterinya, Rukiya. Jika bersalah, Ali akan menjalani hukuman penjara sebagai balasan panas barannya.

Sementara itu, Rukiya mengalami cedera kekal pada bahagian belakang badannya. Mujurlah dia dapat menyelamatkan mukanya daripada dicurah air panas.

Kerana sudah tidak tahan dengan tabiat panas baran suaminya, Rukiye bercadang mengajukan permohonan perceraian. - KitaReporters

0
1
3
0
9

Copy Link: