Usia 12 tahun jadi gelandangan selepas ibu bapa meninggal! Seperti biasa Ebit Lew tiba bantu!
Published byEbit Lew bertanya sesuatu terhadap remaja berusia 12 tahun yang menjadi gelandangan selepas kedua ibu bapa meninggal dunia akibat Covid-19 di Bukit Raja, Klang, Selangor. - Kredit foto: FB Ebit Liew.
Seorang remaja lelaki berusia 12 tahun terpaksa hidup gelandangan selepas kedua-dua ibu bapanya meninggal dunia akibat Covid-19 pada Januari 2021.
Mungkin tiada lagi tempat berteduh, bermanja dan mengadu membuatkan remaja yang dipanggil ‘adik’ ini, membawa diri seorang diri tanpa hala tujuan yang sebenar memandangkan dia kelihatan hanya bersendirian tanpa adik beradik yang lain.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Ebit Lew
Kisah adik ini dilihat muncul sejak akhir-akhir ini tidur beralaskan kotak oleh orang ramai yang lalu-lalang di kaki-kaki lima premis perniagaan di sekitar Bukit Raja, Klang, Selangor.
Keberadaannya telah mendapat perhatian Ustaz Ebit Lew (UEL) apabila dimaklumkan oleh beberapa pihak yang bersimpati keaadaan remaja ini.
Menerusi perkongsian Facebook (FB) Ebit Lew, UEL telah kerkunjung di lokasi remaja yang namanya tidak didedahkan.
Beliau akhirnya bertemu remaja berkenaan dan berasa sedih dan sebak apabila melihat keadaan remaja ‘gelandangan’ dengan raut wajahnya yang bersih dan naif sedang berada di kaki lima salah sebuah premis perniagaan.
Remaja itu terus menyambut dan mencium tangan selepas disapa dengan senyuman mesra UEL dan kemudian bertanya khabar tentang dirinya.
“Mak ayah mana adik?,” soal UEL kepada remaja
tersebut.
“Mak ayah
dah tak ada. Saya dah tak ada sesiapa lagi,” jelas remaja itu dengan dengan linangan
air mata secara tiba-tiba bercucuran membasahi pipinya.
“Eh, jangan cakap macam tu adik. Saya dan semua (krew UEL) yang ada di sini anggaplah macam keluarga adik ye,” pujuk UEL.
Betapa anak remaja ini diuji dengan ujian hidup yang cukup berat apabila hilang tempat bergantung (ibu bapa) dan kelam masa depannya jika tiada siapa yang mengambil peduli akan nasib masa depannya.
Kesedihan dan
perasaan hiba yang terpendam di hati tidak dapat disembunyikan lagi apabila mengenangkan nasibnya sebatang kara.
UEL hampir sahaja menitiskan air mata mengenangkan nasib kanak-kanak itu yang telah kehilangan orang yang tersayang lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan dan tidak lama lagi Syawal akan menjelang tiba.
'Adik' dibawa ke sebuah pasar raya untuk dibelikan pakaian jubah serta lain-lain keperluan oleh Ebit Lew di Klang, Selangor. - Kredit foto: Twitter Ebit Lew.
Bayangkanlah
bagaimana perasaan kita jika kedua ibu bapa sudah tiada sewaktu berbuka dan
bersahur pada bulan yang mulia ini tanpa mereka di sisi kita; dan tidak lama lagi
akan menyambut 1 Syawal.
“Adik puasa tak?,” tanya UEL lagi .
“Puasa,” jawabnya ringkas.
“Ada sesiapa tak bagi makanan dan minuman untuk berbuka dan sahur?,” soalan terus bermain di kepala UEL.
“Ada orang beri di sini,” jelas remaja itu.
UEL kemudiannya bertanya kepada remaja itu, adik hendak berjumpa ibu dan ayah di syurga dan adakah dia ingin belajar di sekolah madrasah?
Soalan-soalan terus dilontar UEL untuk mendapatkan kepastian dan memandangkan dengan cara itu sahaja dapat menjamin masa depan serta demi kebaikan kehidupannya untuk dunia dan akhirat.
Adik itu
tanpa banyak berfikir terus sahaja bersetuju dengan cadangan UEL dan berasa
gembira dengan tawaran tersebut.
Sebelum itu, dia terlebih dahulu dibawa ke balai polis berdekatan untuk membuat laporan rasmi mengenai statusnya sebagaimana tertakluk di bawah akta kanak-kanak dan kebajikan.
Ebit Liew menyantuni anak yatim piatu ini dengan penuh kasih sayang seolah-olah dia seorang bapa kepada remaja yang telah kehilangan orang tuanya. - Sumber Twitter Ebit Lew.
UEL kemudian membawa remaja ‘geladangan’ itu ke sebuah pasar raya untuk dibelikan
pakaian jubah, kasut dan keperluan-keperluan lain dan kelengkapan peribadi; selepas itu baharulah kemudiannya dihantar pula ke sebuah madrasah tempat pengajian agama Islam serta menjadi tempat tinggal anak-anak yatim.
Perkongsian FB Ebit Lew, mendapat pujian kebanyakan warga maya yang berasa bersyukur dan berterima kasih atas bantuan dan pertolongan UEL dan orang ramai.
Akhirnya adik gelandangan ini berjaya ditempatkan di sebuah madrasah di Klang, Selangor demi masa depannya yang masih jauh dan agar dia menjadi insan yang berjaya dunia dan akhirat. - Kredit foto: IG Ebit Lew.
Umum
mengetahui sikap perihatin dan ihsan UEL yang sentiasa 'turun padang' menyelesaikan apa jua masalah dan kesempitan hidup manusia di mana sahaja
mereka berada dalam dan luar negara.
Sikap mengutamakan
kebajikan dan beramal sambil berdakwah, sering ditonjolkan oleh beliau, sekali
gus menarik perhatian rakyat pelbagai
bangsa, agama dan budaya untuk menerima pendekatan dakwah beliau yang dekat di
hati golongan ‘marhaen’ dan susah. -
KitaReporters
Kredit foto: FB Ebit Lew