Keganasan regim genosid Zionis! UUM lancar Tabung Derma Untuk Palestin! Kediaman habis musnah!
Published bySerangan yang dilakukan oleh rejim aparteid Israel ke atas penduduk Palestin.
UNIVERSITI Utara Malaysia (UUM) melancarkan tabung kutipan untuk rakyat Palestin yang hilang tempat tinggal di Baitulmaqdis akibat tindakan kejam rejim aparteid Israel.
Naib Canselor UUM, Prof Dato’ Dr Ahmad Bashawir Abdul Ghani menyifatkan serangan yang berlaku di Palestin, Gaza pada 10 Mei 2021 ketika umat islam sedang berpuasa dan akan menyambut Aidilfitri merupakan keganasan regim genosid Zionis selama 73 tahun kepada rakyat Palestin.
Lag cerita-cerita pilu berkaitan Palestin
Bangunan dan rumah kediaman musnah di bom tentera genosid Israel.
Serangan bertubi-tubi ke atas Palestin.
Naib Canselor UUM, Prof Dato’ Dr Ahmad Bashawir Abdul Ghani.
"Hampir 2,000 umat Islam Palestin terutama di kejiranan Syeikh Jarrah yang sedang menjalani ibadah berpuasa pada Ramadan telah dihalau dari rumah dan menjadi mangsa kekejaman Israel.
"Serangan bersenjata ini juga menyebabkan 300 rakyat Palestin cedera dan terpaksa dirawat di hospital," katanya.
Dr Ahmad Bashawir menambah, perjuangan umat Islam di Palestin adalah juga pejuangan umat Islam di seluruh dunia maka dengan itu pihak UUM telah melancarkan tabung kutipan itu pada 21 Mei 2021 yang lalu.
Katanya, hasil kutipan itu akan disalurkan ke Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin di bawah seliaan Kementerian Luar Negeri melalui Kementerian Pengajian Tinggi.
Kemusnahan kediaman penduduk rakyat Palestin.
Sedih melihat kemusnahan dan kematian di Palestin.
Oleh itu warga kampus dan Alumni UUM di seluruh negara boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Bank Islam 02093010000010 atas nama Derma Untuk Palestin.
Moga sumbangan ini dapat membantu rakyat Palestin yang berjuang untuk mempertahankan kiblat pertama umat Islam iaitu Baitulmaqdis.
Dalam pada itu, Pegawai Hal Ehwal Islam, Pusat Islam UUM Mohd Yusnaidi Md Sabri memohon semua penyumbang menghantar resit pembayaran ke [email protected] untuk mendapatkan resit pengecualian cukai daripada Jabatan Bendahari UUM atau menghubungi menerusi talian 019-4719675 (Ustaz Yusnaidi) dan 017-8301229 (Ustaz Zabadi).
“Sama-samalah kita memberi sokongan kepada rakyat Palestin yang mempertahankan tanah wakaf milik umat islam di seluruh dunia iaitu Masjid al-Aqsa di Baitul Maqdis,” katanya ketika dihubungi. - KitaReporters
Antara mangsa keganasan rejim genosid Israel.
Jenazah syahid penduduk Palestin yang terkorban dibawa ke tanah perkuburan.
Rakyat Palestin tidak dapat menahan kesedihan.