TAHNIAH diucapkan kepada Dr Noor Hisham Abdullah!! "You deserve it Dr. for your contribution to the nation" dan "Tahniah Tan Sri, anda sangat berhak," antara respons-respons netizen yang membanjiri media sosial hari ini,  Isnin 17 Ogos 2020 selepas hero negara ini dianugerahkan dengan gelaran Tan Sri. : KitaReporters


Ketua Pengarag Kesihatan itu dikalungkan anugerah gelaran Tan Sri oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhun Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah sempena Ulang Tahun Keputeraan Baginda bagi Tahun 2020.

Bukan mudah untuk menerima pingat tertinggi tersebut jika kita tidak memberikan khidmat bakti yang terbaik sehingga ke peringkat negara dan antarabangsa.

Bangga weh sebagai anak jati Malaysia!!! 

Dr Noor Hisham Abdullah antara penerima Pingat Setia Mahkota (PSM) 


Penganugerahan ini sudah pasti memberikan rasa bangga bukan sahaja padanya, malah pada seluruh warga Malaysia yang menanti-nantikan.

Ada kalangan netizen mengaitkan Dr Noor Hisham dengan pendakwah bebas dan usahawan muda berjaya, Ustaz Ebit Lew kerana mempunyai personaliti contoh sebagai seorang mualaf yang banyak berjasa pada masyarakat dan juga negara.

Cina "convert"  Melayu Islam!! 

Namun sentimen kaum dan bangsa bukanlah perkara pokok yang hendak diperkatakan berbanding sahsiah mereka yang lebih suci dan mulia. 

Kerja-kerja mencurahkan kesetiaan dan pengorbanan yang berterusan sangat disenangi dan disanjungi warganya.

"You deserve it Dr. for your contribution to the nation" dan "Tahniah Tan Sri, anda sangat berhak," antara respons-respons netizen yang membanjiri media sosial.


Respons netizen di media sosial


Sebelum ini, Dr Noor Hisham telah dinobatkan antara tiga orang doktor terulung pada peringkat global menentang pandemik COVID-19, selain pakar penyakit berjangkit Amerika Syarikat (AS), Dr Anthony Fauci dan Ketua Pengarah Kesihatan New Zealand, Ashley Boomfield.

Ketiga-tiga individu itu dipuji kerana mereka menampilkan wajah yang jelas, tenang dan meyakinkan ketika menyalurkan maklumat serta fakta kepada orang ramai dalam menangani wabak. Malah ada sesetengahnya yang obses sehingga menggelarkan mereka sebagai "pujaan hati", "rock star" dan "hero negara".

Kredit foto: Sinar Harian Online


Menerusi satu posting yang dimuat naik oleh Istana Negara, Dr Noor Hisham merupakan salah seorang individu yang dikurniakan Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri.

Seramai 12 orang yang lainnya turut dianugerahkan Darjah PSM antaranya ialah Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Rohana Yusuf; Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Mohd Khairul Adib Abd Rahman; Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Zamrose Mohd Zain; Panglima Tentera Udara, Jeneral Datuk Seri Ackbal Abdul Samad; bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor; dan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria.

"17 Ogos 2020, setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang dikurniakan Darjah Panglima Setia Mahkota (P.S.M) yang membawa gelaran Tan Sri," tulis posting berkenaan.

Posting yang dimuat naik oleh @Istana Negara


Dalam pada itu, terdapat netizen maya yang mengharapkan Dr Noor Hisham menerima pingat dari kerajaan Brunei di atas kejayaannya mengharumkan seluruh negara di bahagian Asia Tenggara. Ucapan "tahniah dan "u deserve it" membuktikan kewibawaannya diterima oleh seluruh lapisan bangsa termasuk di Indonesia dan Brunei.

Selain itu, simbol-simbol "hati", "bendera Malaysia" dan "thumbs up" memeriahkan lagi ruangan komen tanda soladariti kepada kebanggaan yang dikecapi. 

Jika hendak tahu, lukisan potret gergasi turut dilakarkan di dinding bangunan oleh sekumpulan anak muda sebagai tanda berterima kasih selain berbagai lagi bentuk penghargaan yang eksotik dan unik dihasilkan. 

Ramai yang mengandaikan penganugerahan yang diterima adalah disebabkan strategi di bahagian Kementerian Kesihatan (KKM) merencana langkah yang tepat dan jitu dalam membendung wabak COVID-19. 

Panglima yang tepat tampil menghadirkan barisan serangan yang kukuh serta mantap di barisan hadapan. 

"Mudah-mudahan Hari Wilayah dapat Dato' Sri, saya berharap dikurniakan Dato Panglima Perang dari Kelantan, dapat Kolonel dari Johor dan saya doakan dapat Pingat PIHIN dari Brunei.

"Tahniah hero negara. 

"Tahniah Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah anda idola kami," tulis salah seorang netizen di laman media.


Ya, anda idola kami, idola bidang kedoktoran, idola ketenangan dan idola kepimpinan ulung. Syabas dan tahniah Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah! Anda pahlawan kami!! - KitaReporters

7
1
0
0
0

Copy Link: