Berita Terkini| Gelandangan mati terjatuh pokok mempelam! Mangsa ditemukan di dalam longkang!

Published by
KitaReporters

Seorang gelandangan ditemukan mati oleh orang awam di dalam longkang  yangdipercayai terjatuh dari pokok mempelam di Taman Tenggiri, Seberang Jaya, Pulau Pinang. - Kredit foto: Utusan Malaysia


SEORANG gelandangan lelaki ditemukan mati di dalam longkang berhampiran sebatang pokok mempelam oleh orang awam yang melalui kawasan kejadian di Taman Tenggiri, Butterworth, Seberang Jaya kira-kira 7.25 pagi, pada 26 April 2021. 

Berdasarkan maklumat penduduk setempat, mangsa, Sobirin Zainol, 54, merupakan gelandangan yang memanjat pokok mempelam untuk dijual buahnya dan sewaktu kejadian dia dipercayai terjatuh dari pokok. 

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, mangsa ditemukan tidak sedarkan diri dalam keadaan lengkap berpakaian di dalam longkang berhampiran sebatang pokok mempelam. 

“Mangsa disyaki tergelincir dari atas pokok mempelam dan terjatuh ke dalam longkang. Polis turut menemukan guni berisi buah mempelam berhampiran mangsa. Satu guni lagi berada di atas pokok. 

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat kesan darah pada telinga sebelah kiri mangsa dan tiada sebarang unsur jenayah. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk proses bedah siasat,” katanya dipetik oleh Utusan Malaysia, 26 April 2021. -KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

0
0
1
0
0

Copy Link: