Isteri pemerintah KRI Nanggala 402 kuatkan semangat! Santuni isteri-isteri anak kapal terkorban
Published bySERAMAI 53 anak kapal KRI Nanggala 402 bergambar beramai sebelum memulakan sesi Latihan Penembakan Senjata TNI-AL 2021. - Kredit foto: Kompas.com
SETIAP makhluk yang bernyawa pasti menemui kematian biarpun tidak pasti hari serta waktunya akan dijemput oleh Allah tetapi sebaiknya jenazahnya dapat disemadikan di tanah perkuburan sebagai ingatan ahli keluarga tersayang sepanjang zaman.
Namun apa yang diharapkan sedemikian agak berbeza sebagaimana terjadi dengan tragedi kapal selam KRI Nanggala 402 yang kesemuanya 53 anak kapal terkorban abadi di pusara dasar laut di Perairan Utara Pulau Bali pada 25 April 2021 lalu.
Lagi cerita-cerita menyayat hati berkaitan KRI Nanggala 402
Kapal selam KRI Nanggala 402
Kemungkinan banyak hikmah di sebalik nasib malang menimpa terhadap anak-anak kapal tentera laut itu yang sudah ditentukan Allah seharusnya isteri serta keluarga terbabit dengan hati tabah menghadapi dugaan yang tidak disangkakan.
Berita duka yang turut diratapi rakyat Indonesia agak sebaliknya apabila isteri Kolonel (Laut) Harry Setiawan yang terkorban dalam nahas itu baru-baru ini dengan bersemangat untuk bangkit menyantuni isteri-isteri anak kapal selam tersebut yang masih dirundung kesedihan.
Kompas.com dipetik pada 28 April 2021 lalu memberitahu, isteri kolonel itu ialah Winny Widayanti, 45, tetap dengan tabah menziarahi isteri dan keluarga anak kapal yang terlibat bagi memberi sokongan moral kepada mereka.
Foto famili Allahyarham Kolonel (Laut) Harry Setiawan dan isteri, Winny Widayanti. - Kredit foto: Al Jazeera
Ida Farida, 65, ibu Allahyarham Kolonel Harry Setiawan (kiri).
Portal itu melaporkan, meskipun Winny sendiri dilanda kesedihan akibat kehilangan suami tersayang tetapi dia dengan hati yang waja bersemangat memberi kata-kata nasihat agar isteri-isteri berkenaan reda menerima ketentuan Ilahi itu.
Winny dengan hati yang tabah tanpa jemu melawat setiap rumah mangsa kapal selam karam dan berjumpa dengan isteri-isteri yang kehilangan suami mereka untuk berkongsi kekuatan berikutan nahas KRI Nanggala 402.
Winny Widayanti, isteri Allahyarham Kolonel (Laut) Harry Setiawan, pemerintah kapal selam KRI Nanggala 402 yang terkorban bersama 52 krunya. - Kredit foto: Jawapos.com
``Kalaulah suami saya sebagai komander untuk menjaga segalanya terhadap anak buahnya semasa di KRI Nanggala 4021.
``Maka saya sebagai isterinya pula rasa bertanggungjawab untuk memenangkan serta bertanya khabar kepada isteri-isteri kru kapal yang terbunuh dalam tragedi itu dan saya perlu kuat untuk menghadapi liku-liku hidup pada hari yang mendatang,’’ kata Winny dengan tenang.
WINNY Widayanti (dua dari kiri) di rumah seorang isteri anak kapal yang terbunuh dalam tragedi KRI Nanggala 402 baru-baru ini. - Kredit Foto : Kompas.com
SALAH seorang anggota KRI Nanggala 402 yang berkubur di dasar laut Perairan Utara Pulau Bali. - Kredit Foto : Kompas.com
Dia bagaimapun mengakui tidak lena tidur malam selepas pemergian suami
yang dikasihi dan anak-anaknya sentiasa bersedih dengan kehilangan bapanya
ketika menjalankan tugas untuk bangsa, agama dan negara.
Namun Winny yang mempunyai empat orang itu perlu bangkit dengan semangat yang kuat bersama isteri-isteri anak kapal yang lain demi kehidupan mereka pada masa akan datang kerana yang pergi itu tetap tidak akan kembali lagi.
Penampilan Winny dengan wajah yang ceria dengan menutup segala kedukaannya setiap kali dia berkunjung ke rumah isteri-isteri kru terbabit telah mendapat pujian orang ramai termasuk warga tentera laut.
Winny (kiri) bertemu dengan isteri salah seorang anak kapal selam KRI Nanggala 402. - Kredit foto: rri.id.co
Sebelum itu, kapal selam KRI Nanggala 402, yang diketuai Kolonel Harry Setiawan bersama 52 kru. menyertai Latihan Penembakan
Senjata Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Laut (TNI-AL) 2021 dan telah terputus hubungan pada
21 April 2021 lalu.
Bagaimanapun kesemua 53 anak kapal terbunuh selepas kapal selam tersebut disahkan ditemukan pecah tiga di Perairan Utara Pulau Bali pada pada 25 April 2021. - KitaReporters