JIRAN tetangga yang hadir menziarahi jenazah kanak-kanak perempuan yang mati sejak dua setengah bulan lalu yang baru siap dimandikan dan dikapankan untuk dikebumikan. - Kredit foto: Tribunnews.com


Siapa tak sayang anak! Tapi sayangnya tindakan yang dilakukan salah dan melanggar hukum syarak.

Itulah yang berlaku kepada sepasang suami isteri di Jawa Tengah, Indonesia yang tidak reda pemergiaan anak perempuan kesayangan mereka yang meninggal dunia.

Lebih mengejutkan ibu bapa berkenaan tergamak 'menyimpan' jenazah anak perempuannya yang meninggal dunia hampir tiga bulan lalu.

Tindakan berkenaan dilakukan kerana mereka yakin anak mereka akan hidup semula melalui upacara ritual.


Lagi kisah-kisah tragedi berkaitan dengan kematian


BAPA kanak-kanak perempuan terbabit yang masih percaya anaknya yang sudah mati akan hidup semula. - Kredit foto: Tribunnews.com 


Dalam kejadian yang berlaku di Desa Plakaran, Kecamatan Moga, Kabupaten Pemalang itu, pasangan suami isteri terbabit berbuat demikian kerana percaya bahawa anaknya bernama SAR yang meninggal dunia akan bangun semula dan kembali meneruskan kehidupan seperti sedia kala. 

Dipetik Tribunnews.com, sepanjang tempoh tersebut jenazah SAR disimpan di sebuah bilik di rumahnya. Malah, kedua-dua orang tua itu dikatakan sentiasa menukar pakaian kepada jenazah anaknya.


Kredit foto : Tribunnews.com


Namun,  perbuatan pasangan suami isteri itu yang 'menyimpan' jenazah anaknya terbongkar apabila seorang warga berbau busuk ketika dia melalui kediaman berkenaan, baru-baru ini.

Walaupun rumah pasangan suami isteri berkenaan tinggal berjauhan dengan warga desa lain namun bau busuk telah memenuhi kawasan perkampungan berkenaan.

Ketua Kampung, Umroni berkata, setelah mengetahui kejadian itu, penduduk kampung nekad  melaporkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa.


KEDATANGAN tokoh agama, tokoh masyarakat, RT dan petugas kesihatan ke rumah pasangan suami isteri berkenaan di Desa Plakaran, Kecamatan Moga, Pemalang, Jawa Tengah. - Kredit foto: Tribunnews.com


‘’Kami bersama tokoh masyarakat, tokoh agama, tokoh Rukun Tetangga (RT) dan petugas kesihatan pergi ke rumah SAR untuk melihat kejadian itu.

"Jenazah SAR sudah berbau serta hampir reput dan kedua-dua orang tuanya masih percaya lagi anaknya akan hidup semula menyebabkan mereka simpan mayat anaknya selama itu,’’ kata  Umroni.

Selepas diberi nasihat serta perjelasan, katanya, pasangan suami isteri terbabit akhinya mereka bersetuju mengebumikan jenazah anaknya berdekatan dengan rumah mereka.

Punca kematian SAR adalah penyakit tibi berdasarkan laporan perubatan dari Pusat Kesihatan Masyarakat (Pukesmas) di kawasan itu yang dihidapi penyakit tesebut sejak enam bulan lalu. - KitaReporters


Kredit foto : Tribunnews.com

13
12
1
9
0

Copy Link: