Video| Pelik sungguh! Kanak-kanak 3 tahun ketagih makan selipar getah! Habiskan 5 pasang sebulan!
Published byLAZIMNYA ibu mengandung yang mengidam untuk menjamah sesuatu yang pelik sepanjang tempoh tersebut. Pelbagai permintaan yang diidamkan kononya kemahuan anak di dalam perut.
Kadang-kadang permintaan tersebut tidak terjangkau pada fikiran kerana yang pelik-pelik.
Namun baru-baru ini tular dalam media sosial apabila seorang kanak-kanak berusia tiga tahun bernama Pipit mengalami ketagih untuk menjamah hidangan pelik.
Lagi kisah menarik berkaitan perkara-perkara pelik
Pelik kan? Ingatkan ibu mengandung sahaja yang mengidam sesuatu yang luar biasa, rupanya ada juga yang berdepan sikap pelik termasuk kanak-kanak tersebut.
Pipit dikatakan mula memakan hidangan pelik tersebut sejak usianya setahun. Malah sangat mengejutkan dalam tempoh sebulan, kanak-kanak tersebut mampu memakan lima pasang selipar selain kertas dan juga kadbod.
Memetik laporan CNN Indonesia, video yang dirakam di Kampung Jaya Sakti, Bekasi, Jawa Barat itu mengundang pelbagai reaksi pengguna media sosial.
Dalam pertemuan berkenaan, ibu Pipit mengaku dia menyedari sikap pelik anaknya itu sejak usianya setahun kerana sering menjamah selipar getah. Malah katanya dalam sebulan Pipit mampu menghabiskan lima pasang selipar.
Namun selipar-selipar yang dimakan itu adalah yang bersih dan baru dibeli.
Bukan sahaja selipar getah yang dijadikan hidangan istimewa kepada pipit tetapi juga turut memakan kertas.
Ibu Pipit turut memaklumkan anaknya tidak mempunyai masalah penghadaman biarpun makan bahan yang tidak boleh dicerna.
“Setakat ini, Pipit tidak mengalami masalah kesihatan, mulanya kami juga bimbang juga dengan tabiatnya, namun Pipit tidak berdepan masalah kesihatan.
“Malah, semua selipar yang dimakannya dikeluarkan semula menerusi najisnya,” jelas ibunya.
Kenyataan daripada ibu tersebut mengundang kecaman daripada netizen dan menganggap ibunya tergamak membiarkan anaknya memakan selipar sedangkan tabiat berkenaan bukanlah langkah terbaik tetapi boleh mengundang masalah kesihatan di kemudian hari. - KitaReporters