Video| Tokoh agama, pensyarah meninggal di mimbar masjid! Ketika beri ceramah pengurusan jenazah
Published bySEORANG tokoh agama tempatan dikenali sebagai Haji Hamzah meninggal dunia secara tiba-tiba ketika menyampaikan ceramah mengenai pengurusan jenazah di mimbar Masjid Amirul Jannah, Bone, Sulawesi Selatan baru-baru ini.
Hamzah sedang menjelaskan pentingnya mayat dimandikan. Tiba-tiba dia terkulai layu dan terjatuh di mimbar.
Satu kematian yang didoakan agar tergolong sebagai husnul khatimah. Amin!!
Lagi cerita-cerita menakjubkan berkaitan husnul khatimah
Bergegas sejumlah jemaah menolong, namun nyawa Hamzah tidak dapat diselamat.
Hamzah yang merupakan Ketua Majlis Ugama Islam (MUI) Indonesia Tanete Riattang Timur, Bone, Sulawesi Selatan meninggal pada pagi Isnin, 14 Jun 2021.
Hamzah yang juga imam di masjid Nurul Huda, Bajoe dan pensyarah sebuah universiti tempatan.
Dari video masjid, Hamzah kelihatan berada di mimbar menyampaikan ceramah. Dia memakai baju putih, songkok hitam dengan syal berwarna hijau.
Berita duka ini pun disahkan oleh Ketua Lurah Cellu, Kecamatan (mukim) Tanete Riattang Timur, Andi Silka Supriadi.
Menurut Andi Silka, Allahyarham disenangi penduduk setempat dengan sifat berwibawa, ramah tamah, murah senyum dan sering membantu. Dia juga pensyarah yang disenangi pelajar-pelajarnya.
Allahyarham Hamzah didoakan oleh warga setempat dan siswa-siswi agar kematiannya tergolong sebagai husnul khatimah.