Sanna Marin, PM Finland termuda urus negara paling bahagia di dunia! Saya tak kejar populariti!
Published bySEGALA-GALANYA milik dia, wajah nan jelita, tinggi lampai dan baru berusia 35 tahun. Sanna Mirella Marin, ibu muda ini bukan saja sibuk menguruskan seorang anak dan suami, tetapi turut menjaga kebajikan lebih 5.5 juta penduduk Finland, negara tersenarai paling bahagia untuk didiami di dunia.
Wajahnya tiba-tiba muncul dan menjadi `bintang` pujaan.
Di sebalik laporan berita di seluruh dunia mengenai 100 rakyatnya dilaporkan positif dijangkiti Covid-19 kerana ke Rusia menyaksikan saingan Euro 2020 baru-baru ini, jelingan manjanya tetap membuatkan ramai yang `terpaku`.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan wanita hebat
Orang pastinya`lembik lutut` terpukau melihat susuk tubuh setinggi 1.67 meter (5" 2 inci) dengan wajahnya yang rupawan melemparkan senyuman manis. Semua macam mahu`memaafkannya` sebaik saja melihat wanita comel persis model tampil depan media, mengumumkan kes berkenaan.
"Adalah penting semua orang membuat ujian. Kemungkinan kes boleh dikenal pasti dan jangkitan tidak merebak," kata Sanna Marin kepada wartawan pada Mesyuarat Kesatuan Eropah (EU) Brussels, baru-baru ini.
Menjadi Perdana Menteri termuda di negara Santa Claus dan Rusa Krismas itu, Sanna Marin dilahirkan pada 16 November 1985, mewakil Parti Demokratik Sosial, menggantikan Antti Juhani Rinne yang meletakkan jawatan pada 2019 apabila hilang sokongan di Parlimen kerana gagal menyelesaikan satu bantahan di negara itu.
Dia sudah menjadi Ahli Parlimen sejak 2015. Mula menyertai politik ketika usia 19 tahun pada umur yang biasanya dianggap sangat mentah. Dilantik sebagai Menteri Pengangkutan dan Komunikasi sehingga 2019.
Bekas pelajar Pirkkala High School dan lulusan Ijazah Pentadbiran Sains dari University of Tampere, Sanna Marin terus menjadi pilihan utama dan pada 10 Disember 2019, dia mengangkat sumpah jadi ketua negara yang terkenal sebagai pembuat telefon bimbit terawal di dunia, Nokia.
Dia membawa misi memulihara alam sekitar serta kawalan iklim, perkara utama dalam pentadbirannya.
Sanna Marin berjanji akan menjadikan Finland atau Utopia Nordic, negara seribu tasik itu bebas pengeluaran karbon menjelang tahun 2035, dengan permulaan tahun 2030 ditetapkan sebagai had pengeluaran asap kenderaan dikurangkan kepada 50 peratus.
Cara dia mudah saja dengan menaik taraf perkhidmatan pengangkutan awam, subsidi kepada industri teknologi termasuk industri gas dan minyak.
"Ia akan membuka banyak pekerjaan dan peluang kepada Finland. Saya tak fikir usaha memulihara sistem iklim akan meningkatkan kos dan merosakkan masa depan negara. Malah pulangan yang lebih lumayan," katanya dalam satu temu bual dengan majalah Time.
Kota Helsinki akan mengingatkan kita dengan kehebatan alam semula jadi, seni bina bangunan dan sajian terkenal makanan Nordic. Apalagi dengan adanya 187,888 tasik, satu lagi tarikan pengunjung yang mahu bersauna, menyaksikan kehidupan rusa atau sekadar mahu melawat perkampungan Santa Claus.
Cinta seorang Perdana Menteri
Wikipedia yang menyenaraikan negara itu paling bahagia kerana mempunyai sistem pendidikan kelas dunia dan udara terbersih. Dengan keluasan 303,890 km persegi (117,333 batu persegi) hampir 86.1 peratus penduduk mendiami kawasan bandar.
Tak cukup dengan semua itu, Finland terkenal sebagai negara yang ada 11 penjara terbuka dan 15 tertutup. Penjara terbuka bermaksud, tiada pagar atau dikunci. Banduan boleh keluar masuk dengan menaiki kenderaan sendiri.
Di sini mereka ada bilik asrama yang lengkap dengan akses Internet dan jika ingin sesekali berseronok, boleh bersukaria `terjun` dalam tasik bekunya.
Finland terkenal sebagai negara paling bahagia di dunia.
Sanna Marin merasai keperitan hidup keluarga bercerai berai. Dipinggirkan oleh ayah yang ketagihan alkohol, menyebabkan dia sangat menitikberatkan soal kesaksamaan taraf. Malah dia mahu lelaki turut mengambil bahagian dalam dalam membesarkan anak-anak.
Antara caranya ialah dengan menjadualkan semula sistem hari bekerja selama empat hari seminggu supaya ibu bapa dapat meluangkan banyak masa dengan anak-anak.
Selama hidupnya, melihat kepayahan ibunya mengurus makan minumnya, mendorong Sanna Marin berusaha merapatkan jurang pendapatan antara pekerja wanita yang diberi gaji €0.83¢ berbanding seorang lelaki mendapat €1.
Dengan gaji bulannya $13,500 (RM56K) dia dikatakan memiliki harta lebih kurang $500k (RM2.1 juta). Pasangannya ialah Markus Raikkonen dan anaknya, Emma Amalia Marin.
Nak tahu siaz badannya, beratnya 60 kg dan ukuran 36-27-38 inci. Mata berwarna biru, rambut perang dan memakai bra saiz 34B serta kasut saiz 6 (UK). Berbintang Scorpio dan keturunan kulit putih Causcasian.
Dengan jumlah penduduknya mewakili 0.07 peratus penduduk dunia dan purata umur 43.1 tahun, tidak hairanlah Sanna Marin turut dipilih oleh BBC,100 wanita dan majalah Forbe memilih dia orang 85 wanita paling berpengaruh di dunia.
Majalah Time memuatkan wajahnya di muka depan # “Time100 Next” sebagai pemimpin politik berpengaruh di dunia. - KitaReporters
Penjara terbuka Finland macam tempat perkhemahan.