Video| Abam bomba sayang ketat-ketat! Abam tiarap berani buat love! Aksi Saidatul Husna mengujakan!
Published byTAHUN ni nampaknya abam bomba (abang bomba) dah ada persaingan. Bila "mat tiarap" (abang askar) yang sebelum ini lebih serius, tetiba pula boleh buat lambang love secara malu-malu.
Aksi mereka mendapat tepukan gemuruh oleh penonton yang menyaksikan perarakan sempena Hari Kemerdekaaan yang Ke-66 di Dataran Putrajaya pada 31 Ogos 2023.
Tahun lalu (2022), perarakan yang dimeriahkan dengan aksi abam bomba sado oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dengan aksi menggoda. Oleh itu, pengunjung tahun ini berharap untuk melihat aksi yang sama.
Tetapi kali ini dimeriahkan lagi oleh abam askar yang semua orang tahu, mereka sepatutnya kelihatan serius dan macho.
Apapun abam bomba sado itu masih mendapat jeritan paling gemuruh lebih-lebih lagi kali ini bomba memberi tempat kepada pasukan wanita mengambil bahagian.
Siapa sangka bila tiba giliran askar yang tidak kurang gagah perkasa, berdiri di bumbung kenderaan dan membuat lambang "love". Penonton memberi tepukan gemuruh.
Diselangselikan dengan perarakan tentera darat, anggota tentera udara turut membuat penerbangan lintas hormat kepada tetamu istimewa negara.
Satu lain kelainan ialah apabila Sarjan Saidatul Husna Kamarudin diberi peluang untuk membuat lompatan melepasi motosikal 66 Royal Enfield.
Petikan laporan berita Bernama, wanita yang telah 13 tahun menyertai pasukan Akrobatik Motosikal Tentera Darat atau Army Red Warrior itu, masalah teknikal yang dihadapi motosikal jenis Scrambler Kawasaki 250cc yang dikendalikannya pada sesi raptai penuh Selasa, 29 Ogos 2023 lalu, sedikit mencemaskannya.
Persembahan Sarjan Saidatul Husna Kamarudin merentasi 66 motosikal Royal Enfield di hadapan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong pada sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Putrajaya pada 31 Ogos 2023. - Kredit foto: BERNAMA
Dua anggota bomba wanita turut menyerikan perarakan abam bomba pada perarakan hari kemerdekaan 2023 ini.
Perarakan yang disiarkan secara langsung itu antara acara negara yang menjadi tarikan semula jadi termasuk golongan muda yang sudah membanjiri Dataran Putrajaya sejak jam 12 pagi pada 31 Ogos 2023 kerana mahu mendapatkan tempat paling depan dengan perarakan dan berebut kerusi yang terhad untuk penonton.
Abam Bomba..Abam Bomba.....anak-anak muda terutama gadis yang bersorak sukaria memberi galakan apabila anggota penyelamat itu berpakaian seragam yang beraksi dan ada yang sempat melemparkan bunga.
Sepanduk "Sayang kamu ketat-ketat" dan paling romantik ayat-ayat abam bomba itu ialah "Api memang panas tetapi anda semua penyejuknya,"
Sambutan Hari Kebangsaan Ke-66 ini dimulakan dengan persembahan lagu tema Hari Kebangsaan 2023 iaitu 'Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan' daripada Kementerian Pendidikan yang melibatkan 1,500 murid.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tiba di Dataran Putrajaya pada jam 8 pagi, diiringi Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Duli Paduka Tuanku berdua kemudian turut bersalam dengan penonton yang berdiri di sepanjang jalan sambil melambaikan tangan menjadikan rakyat jelata memuat naik gambar baginda sambil memberitahu mereka sangat teruja, inilah sambutan paling menarik. - KitaReporters
Ghostbusters...eh bukan-bukan, ini ikon syarikat telekomunikasi negara.