Abang ojol bawa ojek jadi tukang intip suami curang! Upah tinggi! Abang rider nak jadi pengintip juga?
Published byPemandu teksi motosikal (ojek) dipanggil ojol. - Kredit foto: Google Image
Perkhidmatan teksi motosikal dalam talian, Gojek yang digunakan di sesetengah negara Asia Tenggara khususnya Indonesia sangat popular. Di sana, pemandu teksi motosikal ini dikenali sebagai ojol.
Gojek sangat efisien di negara yang mempunyai
kepadatan penduduk dan kesesakan trafik seperti Indonesia.
Kebanyakan tugas ojol adalah menghantar pelanggan ke destinasi yang dikehendaki dan menghantar barang-barang. Itulah tugas hakiki seorang ojol.
Namun, apa yang berlaku kepada ojol baru-baru ini menjadi persoalan. Adakah tugas hakiki mereka telah bertukar menjadi penyiasat persendirian?
Ini kerana semakin ramai dalam kalangan mereka diupah oleh para pelanggan wanita untuk mengintip atau melaporkan kecurangan suami masing-masing.
Pelanggan-pelanggan ini sanggup membayar upah yang tinggi kepada ojol bukan untuk pergi ke sesuatu destinasi atau menghantar barang tetapi mengintip tingkah laku suami mereka.
Hantaran pemilik akaun X (Twitter) mengenai ojol ini mendapat 1.1 juta tontonan.
Perkara ini didedahkan oleh seorang pengguna Twitter
pada 4 Oktober 2023 lalu. Dalam posting (penghantaran) tersebut, dapat dilihat mesej antara pelanggan dan ojol dalam satu aplikasi
perbualan.
Pada mulanya, ojol itu menyangka dia akan membawa pelanggan ke destinasi yang dipinta. Oleh itu, dia memperkenal dirinya agar pelanggan mudah mengenalinya.
Tangkap layar perbualan antara pelanggan dan ojol.
Tanpa disangka, pelanggan tersebut berterus-terang
yang dia tidak mahu menaiki motosikal tetapi mahu ojol mengintip suaminya yang
berada di Mares, Depok, Jawa Barat.
“Sebenarnya bukan hantar saya tetapi saya nak minta periksa ada tak motor model R25 putih diletakkan di parkir di Mares. Itu motor milik suami saya. Nanti saya bagi tip,” tanya pelanggan tersebut kepada ojol.
"Go-intel, itu biasa, on the way ke lokasinya," jawab ojol tersebut.
Apabila ojol berkenaan tiba di lokasi dan mendapati motosikal yang disebut ada, dia terus menghantar gambar yang diambil kepada pelanggan. Reaksi pelanggan serta-merta terkejut, manakala pemandu itu sebenarnya memberikan reaksi yang tidak dijangka.
Pelanggan sanggup bayar mahal untuk mengupah para ojol mengintip suami mereka.
Sebenarnya apa yang berlaku ini bukanlah kali pertama buat para ojol. Dalam ruangan komen, rata-rata berkongsi bahawa mereka pernah mengalami kejadian serupa.
Agak-agaknya kalau ada ojol di Malaysia, adakah berlaku perkara yang sama?
Mungkin jawapannya ialah ya kerana di sini juga tidak kurang hebat kes-kes suami curang dengan penyondol! Lepas ni para runner bolehlah bertukar jadi penyiasat persendirian pula. - KitaReporters