Video| Baru jadi ayah! Usop Mentor tutup suiz dengan tonyoh dahi! Takut dukung bayi sebelah tangan!
Published byBAGI pasangan yang menimang cahaya mata pertama tentunya kekok uruskan bayi pada peringkat awal kerana fizikalnya kecil serta lembut. Gara-gara takut, mungkin ada ayah-ayah tidak berani mendukung anak mereka.
Hal sama dilalui penyanyi kelahiran program Mentor Millenia 2017, Usop yang rela ‘tonyoh’ suiz gunakan dahinya kerana takut mendukung bayinya, Muhamad Saif Umar sebelah tangan.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Usop
Gelagat Usop atau nama sebenarnya, Muhammad Saiful Naim Muhammad Noor, 25 , dikongsikan oleh isterinya, Nur Fatihah Md Hashim, 26, yang masih berpantang menerusi TikToknya @teharicher.
Menerusi video berkenaan, Usop dilihat berdiri di hadapan pintu sambil mendukung bayinya yang dilahirka pada 25 November 2022 lalu sebelum kemudiannya ingin menutup suiz. Namun bukan gunakan tangan tetapi ‘ditonyoh’ guna dahinya.
“Dia tidak berani pegang satu tangan. Letih la dd oi,” tulis @teharicher.
Perkongsian berkenaan mencuit hati peminat dan netizen yang meninggalkan pelbagai komen melihat gelagat lucu dan gigih Usop.
Bukan Usop satu-satunya ayah di dunia ini yang kekok pegang bayi sebelah tangan! Masih baru, lama-lama biasalah nanti!
Apa-apa pun, mendukung bayi dengan betul amat penting agar si manja selesa dan mengelakkan kecederaan pada tubuh.-KitaReporters