Tahniah Abang Viva, Evanoza! Bersanding pada hari penutup tahun 2022! Isu tajaan hanya berseloroh je!

Published by
KitaReporters


SEBUT Abang Viva rasanya seluruh Malaysia mengenalinya, keikhlasan dirinya yang membantu mangsa banjir di Lembah Klang pada 2021 membuatkan dia  mula dikenali ramai.

Malah kesungguhan dirinya yang sanggup berkorban melayakkan dirinya mendapat pingat Jasa kebaktian (PJK) Melaka sempena Hari Ulang Tahun ke-73 Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam, pada 24 Ogos 2022 lalu. 

Sehingga kerja kemasyarakatan khususnya misi membantu mangsa-mangsa banjir sentiasa diperluas sehingga yang terbaharu apabila sanggup turun ke Terengganu bagi membantu mangsa banjir.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan usaha Abang Viva


Namun dalam kekalutan menguruskan kerja-kerja sukarelawan, pemuda berusia 30 tahun itu membuat kejutan apabila mengumumkan untuk mengadakan majlis persandingannya pada penghujung hari tahun 2022 melabuhkan tirai iaitu 31 Disember 2022.

Majlis berkenaan akan diadakan di kediaman orang tuanya di  Taman Pengkalan Indah di Alor Gajah, Melaka.



Perkongsian berita gembira itu dibuat Abang Viva sendiri menerusi Facebook miliknya pada 26 Disember 2022.

Malah pemilik nama sebenar Mohd Azwan Omar itu turut memohon  orang ramai untuk mendoakan agar urusan majlisnya berjalan lancar.



Namun lebih melucukan, Abang Viva sempat menyelit sedikit gurauan yang mengatakan majlis resepsi yang akan dibuat secara kecil-kecilan disebabkan tidak mempunyai bajet.

Malah,  secara bergurau dia sangat  mengalu-alukan sekiranya ada pihak yang ingin menaja majlis berkenaan dengan disusuli emoji ketawa di hujung ayat.



Terdahulu, Abang Viva dan pasangannya, Evanoza Zakaria disatukan pada 14 Oktober 2022 lalu walaupun perancangan awalnya pasangan itu sepatutnya disatukan pada Disember 2022 ini.

Inilah jodoh.. siapalah kita untuk menundanya!

Pernikahan berkenaan berlangsung di Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Ayer Keroh, dan hanya dihadiri keluarga terdekat sahaja.

Abang Viva mengakui sepatutnya majlis berkenaan sepatutnya berlangsung serentak dengan majlis resepsi pada Disember namun terpaksa diawalkan, selepas mengambil kira beberapa faktor termasuk bagi mengelak berlakunya fitnah.



Bagaimanapun sehari selepas mengumumkan berita gembira itu timbul pula kekecohan apabila gurauan Abang Vivo untuk mendapat tajaan sempena majlis persandingan disalahertikan.

Abang Vivo sekali lagi muncul di media sosial dan menjelaskan perkara sebenar sambil menyatakan perkara berkenaan sebagai gurauan semata-mata tanpa mengharapkan sesuatu.

"Niat saya hanya untuk memberitahu kepada semua tentang majlis yang akan diadakan tak sangka pula membesarkan isu tajaan.

"kalau ikutkan hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi jika betul saya mahu ditaja saya akan update sebulan lepas," katanya .

Dia turut memohon maaf dan berharap perkara berkenaan tidak diperbesar memandangkan dia hanya mahu menghebohkan mengenai majlis resepsinya.

Sementara itu, menjengah ke ruang komen, rata-rata warganet turut menitipkan doa agar majlis berjalan dengan lancar.

 Malah, ada juga yang menganggap majlis kecil-kecilan sudah memadai selagi niatnya adalah untuk meraikan. - KitaReporters


 

 

17
11
0
11
0

Copy Link: