Nak mampus! Ada individu sanggup menyamar sebagai TMJ! Scammer minta wang! Laporan polis dah dibuat!
Published byNama Tunku Makhota Johor (TMJ) ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim amatlah besar kerana ia melibatkan raja di negeri tersebut dan jika ada orang yang terima mesej mahupun sesuatu atas nama TMJ pasti rakyat akan mudah percaya kerana mereka fikir ia adalah daripada seseorang yang benar-benar wujud.
Perkara ini telah pun terjadi apabila ada individu yang sangup menyamar dan meminta wang kepada orang ramai menerusi media sosial.
Susulan itu, pasukan Media Istana Johor telah membuat laporan kerana ada orang yang tidak bertanggungjawab cuma merosakkan nama baik TMJ dan negeri Johor.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan jenayah penipuan
Menurut Timbalan Ketua Polis Johor, Deputi Komisioner M Kumar, individu tersebut telah menghantar beberapa mesej kepada pihak tertentu dan meminta wang atas urusan tertentu.
Orang yang menyamar ini cuba meniru dan bagi nampak seperti mesej yang dihantar kepada mangsa akan membuat mereka percaya itu adalah TMJ.
Ada beberapa orang atau syarikat yang termakan umpan dan telah memindahkan duit kepada orang yang menyamar itu.
Tindakan berani orang yang meniru identiti ini pasti mengundang bahaya buat diri sendiri kerana ia telah melibat orang besar dan bakal raja di negeri tersebut.
Kes tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan kerana melakukan penyamaran dan Seksyen 420 kanun sama kerana menipu. - KitaReporters