Terima kasih Persatuan Kebajikan Dapur Redah! Hulur bantuan makanan! Kepada lebih 600 keluarga daif!
Published by
KitaReporters
--title--
Ad Bahadun dari Kampong Carok Semeliang, mukim Siong, Baling bekerja sebagai pemanjat pokok kelapa menerima bantuan dari Persatuan Kebajikan Dapur Redah
Menjelang 1 Syawal, Persatuan Kebajikan Dapur Redah di Baling, Kedah menziarahi dan menghulur bantuan makanan kepada keluarga daif sejak awal Ramadan 1444H sehingga kini menjangkau lebih 600 keluarga di daerah Baling sahaja.
Pengerusinya Abd Malik Mat Akhir, 58, berkata bantuan untuk keluarga daif akan terus disumbangkan sehingga petang menjelang 1 Syawal 1444H.
Beliau memberitahu KitaReporters, pihaknya mengumpulkan sumbangan orang ramai dan dana Persatuan Kebajikan Dapur Redah agar keluarga daif dapat berhari raya.
Pada Ahad, 16 April 2023, sepuluh keluarga lagi di mukim Pulai, mukim Siong diberikan bantuan berupa barang-barang makan utama untuk meringankan bebas persiapan mereka menjelang 1 Syawal ini.
Rata-rata penerima bantuan dari Persatuan Kebajikan Dapur Redah, Baling bersyukur kerana ada pihak yang tampil membantu mereka ketika dalam berdepan dengan kesempitan hidup yang dihadapi.
Pemanjat pokok kelapa, Ad Bahadun, 77, di Kampong Carok Semeliang, mukim Siong, Baling bersyukur kerana menerima bantuan barangan makanan yang disampaikan oleh Persatuan Kebajikan Dapur Redah kepadanya.
Seorang warga emas yang hanya mampu duduk di atas kerusi roda, Latifah Abd Hamid, 66, dari Kampong Tok Weng mukim Pulai, Baling terharu menerima bantuan itu.
Latiffah tinggal berdua dengan adik perempuannya berusia lingkungan 35 tahun di rumah itu.
Mehurut Abd Malik, Persatuan Kebajikan Dapur Redah ini akan turun segera di mana-mana negeri yang dilanda banjir untuk membantu mangsa.
Jelasnya, Persatuannya telah turut membantu mangsa-mangsa banjir di Selangor, Pahang dan Johor baru-baru ini. - KitaReporters
Latifah Hamid di Kampong Tok Weng, Pulai, Baling (duduk di atas kerusi roda) menerima bantuan makanan daripada Abd Malik Mat Akhir bersama dua ahli jawatankuasa Persatuan Kebajikan Dapur Redah.
10
9
0
16
0