AKSI lincah seorang lelaki menebar ‘roti canai terbang’ dengan sebelah tangan sahaja di sebuah kedai makan telah menarik perhatian orang ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna media sosial yang bernama @mad-ujang, kelihatan kehebatan pembuat roti canai itu yang mampu menebar serta menerbangkan makanan kegemaran rakyat Malaysia itu hanya menggunakan satu tangan kerana kehilangan tangan kiri akibat satu kemalangan.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan OKU sebelah tangan


Akulah penebar roti canai single-hand. Dan inilah kelebihan yang Tuhan beri pada aku, setiap orang ada ujiannya,” kata pemuda OKU itu yang bernama Kharil Badri Zainurin.

Rata-rata pengguna media sosial berasa kagum dengan bakat yang ada pada penebar roti canai itu serta menitipkan kata semangat agar terus tabah menghadapi cabaran setelah kehilangan sebelah tangan.



“Terbaik bang, tetap semangat biar apa pun dugaan yang datang,” ujar @Anas-DaddyRania.

“Alhamdulillah, selagi ada kemahuan insyallah akan dipermudahkan segala urusan. Semoga sahabat teruskan perniagaan anda,” jelas @adie.

“Teruskan bang, biar apa orang nak kata, yang penting bang hebat,” tulis @Qadir. - KitaReporters



10
16
0
10
0

Copy Link: