Video| Susah pilih makanan! Jangan ganggu masa masak! Antara 4 ciri wanita Malaysia! - Lelaki Belgium

Published by
KitaReporters


Kita sering dimomokkan bahawa wanita Malaysia (Melayu) itu lemah dari pelbagai sudut. Contohnya kalau kita menonton drama-drama Melayu, tak habis-habis dengan watak seorang isteri yang lemah dan ditindas oleh suami. 

Watak wanita penyondol yang suka merampas suami orang. Watak isteri yang dicurangi suami tetapi masih berlembut dan melayan penuh kasih terhadap suaminya. Lemah sungguh wanita pada pandangan tuan pengarah!

Namun, kenyataannya berbeza. Wanita Malaysia tidaklah selemah itu. Ada perkara ia nampak lemah dan sebaliknya. 

Wanita Malaysia boleh menjadi sekuat-kuat manusia apabila disentuh tentang maruah dan anak! Jangan cabar mereka apabila melibatkan dua perkara tersebut.



Pasti anda ingin tahu apakah pandangan orang luar terhadap wanita Malaysia. Adakah pandangan mereka sama sahaja dengan lelaki Malaysia? 

Penulis ingin kongsikan pandangan seorang pelukis batik dari Belgium mengenai wanita Malaysia.

Dia menggunakan TikTok untuk berkongsi hasil kreatif dan seni batiknya. Kecintaannya terhadap batik boleh dilihat dalam TikToknya. 

Pada akhir Januari 2025 lalu, dia menghasilkan batik sebagai tribute (penghormatan) kepada wanita Malaysia.

“Batik ini adalah ilustrasi seorang wanita Malaysia yang kuat. Saya berikan beberapa ciri personaliti yang saya perhatikan tetapi sudah tentu ia adalah stereotaip. Kita tidak boleh dan tidak sepatutnya menyamaratakan personaliti setiap individu,” tulisnya.



Dia menyenaraikan empat ciri personaliti wanita Malaysia antaranya ialah santai tapi sempurna (jangan ganggu ketika mereka sedang memasak), susah pilih makanan (ikut sahaja tapi semua pilihan kena tolak), berani (boleh uruskan kerja, keluarga dan suami tanpa merungut) dan kuat pendirian (tahu apa dia nak dan berani bersuara apabila perlu).

Perkongsian itu semestinya mendapat perhatian para wanita Malaysia sementelah mat salih ini mempunyai pengikut yang ramai dalam media sosial. Pandangannya terhadap wanita Malaysia dipersetujui oleh kebanyakan netizen.



“Jangan ganggu ketika masak itu betul. Hahaha,” tulis salah seorang netizen.

Ada juga yang berterima kasih kerana memberi penghormatan terhadap wanita Malaysia terutama menerusi lukisan batik yang cantik.

“Cantik. Terima kasih kerana tribute batik ni buat wanita Malaysia,” ucap netizen.




Bagi penulis, sememangnya wanita Malaysia kuat dan pandai berdikari. Mereka banyak belajar daripada pengalaman. Jadi, tidak hairanlah kalau golongan wanita banyak menguasai bidang perniagaan di Malaysia. - KitaReporters


10
12
0
8
0

Copy Link: