Video| Tolong kami! Bantu adik Aqil! Perlu bantuan! Cuci usus, buah pinggang! Belum jumpa penawarnya!
Published byMelihat video-video adik Aqil atau nama penuhnya Muhammad Aqil Sudais Mohd Jeffri, 4 tahun, yang dikongsi oleh ibu bapanya dalam TikTok, sangat meruntun hati. Dalam usia masih mentah, dia diuji dengan penyakit kronik iaitu sakit buah pinggang.
Rengekan dan tangisannya benar-benar merenggut jiwa sesiapa sahaja yang melihat.
Alangkah puas dia menahan sakit berbekalkan sekujur tubuh yang masih empuk. Dia perlu dijaga, ditatang dengan sepenuh kasih sayang agar penderitaan itu berkurangan.
“Aqil sakit acik-acik. Mama abah belum jumpa penawar selain doa mama abah buat Aqil. Acik-acik ada penawar? Acık-acik, Aqil nak sembuh. Aqil tak beruntung macam anak-anak yang lain.
"Acik-acik doakan Aqil dan diberikan rezeki, ya. Andai ada yang nak kongsi rezeki untuk air cuci usus dan kos rawatan boleh WhatsApp atau ke bio Aqil,” tulis ibunya.
Namun, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
Mujur adik Aqil mempunyai ibu bapa yang sangat penyayang. Tanggungjawab dan amanah digalas penuh reda oleh mereka. Nurul Ain Jawahir Md Isa dan suami akur takdir yang menimpa anaknya itu.
Sejak usia enam bulan, adik Aqil tidak seperti anak-anak kecil normal yang lain.
Tatkala anak sebesarnya baru belajar mengenal dunia, adik Aqil bergelumang dengan penyakit berbahaya. Apalah yang anak sekecil itu mengerti selain menangis. Itulah yang menjadi teman akrabnya sehingga kini.
Kisah adik Aqil pernah mendapat perhatian media dan pihak bertanggungjawab. Malah bantuan demi bantuan diterima namun ia tidak pernah cukup kerana hingga kini adik Aqil masih lagi perlu diberi perhatian dan rawatan khusus. Semua itu memerlukan perbelanjaan tinggi.
Justeru, menggunakan media sosial sebaik mungkin, Nurul Ain sentiasa berkongsi perkembangan anaknya itu. Malah, dia menerima dengan hati lapang kepada sesiapa yang mahu menyalurkan bantuan.
Hanya itu yang mampu dilakukan demi anaknya selain mendapatkan rawatan moden dan alternatif.
Bantuan daripada anda sangat diperlukan terutama untuk memastikan adik Aqil dapat menjalani rawatan mencuci usus dan buah pinggangnya.
Hal ini perlu dilakukan demi menyelamatkan kedua-dua organnya itu daripada cedera yang kini hanya tinggal 24 peratus sahaja.
“Acik-acik Aqil, kegagalan organ rasanya sakit sekali. Kata doktor, Aqil perlu teruskan cuci usus untuk selamatkan usus dan buah pingang daripada cedera yang hanya tingal 24%. Acik-acik mahu tak bantu Aqil sembuh? Nak bantu Aqil boleh ke bio,” tulis Nurul Ain.
Perkongsian tentang adik Aqil mendapat perhatian ramai. Rata-rata melahirkan rasa simpati dan sudi menghulurkan bantuan. Pelbagai saranan rawatan, perubatan dan bantuan dilontarkan demi melihat adik Aqil kembali sembuh.
“Ya Allah, Kau
angkatlah segala sakit adik Aqil ya Allah. Semoga adik Aqil kuat. Semoga Allah permudahkan
segala urusan adik Aqil sekeluarga. Amin,” tulis salah seorang netizen yang
simpati.
Sesiapa yang mahu dan berminat untuk menyalurkan bantuan, anda boleh salurkan bantuan tersebut ke akaun CIMB bernombor 7070481567 atas nama Nurul Ain Jawahir atau WhatsApp ke nombor 017-5918441. - KitaReporters