Video| Kau ada? Pemuda tunggang lembu beli juadah berbuka! Untuk galak anak-anak muda ternak lembu!

Published by
KitaReporters
.

Biasanya untuk membeli juadah berbuka, seseorang atau secara berkumpulan akan melakukannya dengan berjalan kaki atau menaiki kenderaan seperti basikal, motosikal atau kereta.

Namun seorang pemuda bernama Akbar Chasby Mahendra, 24, dari Desa Kunti, Kecamatan Bungkal, Kabupaten Ponorogo, Jawa Timur membuat orang ramai tercenggang kerana membeli juadah berbuka dengan menunggang seekor lembu jantan.


Biasanya lembu akan ditarik untuk berjalan, namun Akbar berjaya mengasuh lembu putih yang berusia 2 tahun dan mempunyai berat 400 kilogram yang diberi nama Michael ini mampu ditunggang seperti kuda, cuma baka Peranakan Ongole (PO) ini  agak lambat pergerakannya.

Michael dihiasi dengan loceng, rantai leher dan tali kendali dan dibawa berjalan seperti menunggang kuda dari kawasan peliharaannya yang tidak jauh dari tempat jualan juadah berbuka puasa. 

Ia membuat aksi Akbar dan lembunya Michael menjadi bahan liputan sejumah media cetak dan media elektronik. 




Menurut Akbar, beliau membawa Michael membeli juadah berbuka adalah bagi membuat lembu itu lasak dan semakin jinak. Michael tidak takut berjalan atas jalan raya bersaing dengan kenderaan lain dan bertemu orang ramai sepanjang perjalanan dan di kawasan membeli juadah berbuka.

Kehadiran Michael memberi keceriaan kepada penjual dan orang ramai yang ingin membeli juadah berbuka. Ramai yang ingin mengambil foto atau berfoto dengan Michael dan lembu itu memberi respons positif kepada orang ramai.

Selain itu, tujuan Akbar membawa Michael berjalan-jalan adalah untuk mengalakkan anak muda di Ponorogo menternak dan menjual lembu.



Akbar membeli air minuman dari sebuah gerai sementara yang menjual juadah berbuka.

Menurut Akbar, walaupun sudah banyak ladang  lembu di Ponorogo, namun masih banyak peluang untuk menternak lembu di daerah itu kerana lembu dan dagingnya sentiasa diperlukan.

Akbar akan membawa Michael berjalan setiap dua hari. Jika dibawa setiap hari Michael akan penat dan bimbang akan memberi reaksi negatif  bila bertemu ramai orang.


Akbar turut melayan orang ramai ketika membeli juadah berbuka bersama Michael

Usahanya membawa Michael berjalan-jalan menyebabkan ramai melawat kawasan penternakan lembunya dan ada yang membuat tempahan lembu untuk ibadah korban dan membeli daging lembu yang dijualnya. Selain menternak. Akbar juga merupakan penjual daging lembu.

Impiannya menjadi penternak dan penjual daging lembu yang berjaya bukan sahaja di Ponorogo malah di seluruh Indonesia dalam usia masih muda. - KitaReporters

19
9
0
11
0

Copy Link: