Video| Tolong kami! Bantu penduduk Gaza! MAPIM lancar projek bina telaga air! Masuki fasa kedua!
Published by.
TABUNG Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) mengesahkan sekurang-kurangnya separuh daripada kemudahan air dan sanitasi di Gaza musnah atau rosak akibat peperangan. Selain itu, dianggarkan 90 peratus sumber air di Gaza tercemar dan tidak layak untuk diminum.
Berikutan itu, penduduk di Gaza tiada pilihan untuk untuk mendapatkan bekalan air bersih melainkan terpaksa meminum air kotor atau tercemar.
Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Mohd Azmi Abdul Hamid, berkata sebelum ini pihaknya melancarkan pembinaan fasa pertama projek pembinaan telaga air di Beit Lahia, Gaza. Alhamdulillah ia berjaya disiapkan dan memberi manfaat kepada lebih 30,000 penduduk setempat.
Ketiadaan bekalan air bersih menyebabkan penduduk Gaza tiada pilihan selain meminum air kotor dan tercemar.
"Kini, kami bersedia untuk melangkah ke fasa kedua untuk menyalurkan air bersih terus ke kediaman serta kawasan penempatan khemah di Beit Lahia. Ini adalah langkah penting untuk memastikan rakyat Gaza mendapat bekalan air bersih yang stabil dan berterusan.
"Projek MAPIM bersama Perbandaran Beit Lahia pada fasa kedua ini akan menyalurkan paip dari telaga kepada kediaman yang masih sesuai dan kawasan penempatan khemah-khemah di Beit Lahia.
"Walaupun mereka dapat pulang ke kampung halaman, krisis kemanusiaan di Gaza semakin meruncing apatah lagi bekalan makanan, air bersih, dan ubat-ubatan semakin kritikal akibat sekatan tentera Yahudi Zionis.
"Selain itu, anak-anak, wanita, dan warga tua terus menderita tanpa keperluan asas. Justeru, MAPIM berusaha menyalurkan bantuan segera untuk meringankan penderitaan mereka," katanya.
Mohd Azmi Abdul Hamid
Mohd Azmi berkata, sumber air bersih di Gaza semakin kritikal disebabkan kemusnahan telaga air dan saliran akibat serangan tentera Israel yang berterusan membedil kawasan itu sebelum gencatan senjata.
“Israel telah musnahkan telaga air dan merosakkan sistem pengaliran air menyebabkan air bersih terputus. Akibat terdesak penduduk Palestin terpaksa mencari alternatif air untuk diminum namun membahayakan kesihatan apabila minum air telaga yang mempunyai kandungan garam yang tinggi atau tercemar.
“Tapi, mereka tiada pilihan, terpaksa gunakan apa yang berbaki walaupun membahayakan kesihatan,” katanya lagi.
Peperangan menyebabkan kanak-kanak dan wanita menjadi mangsa ditambah dengan kekurangan air bersih.
Menurutnya, kekurangan akses kepada air bersih bukan sahaja mempengaruhi kesihatan malah menyebabkan wabak penyakit dan kematian khususnya kanak-kanak yang lebih mudah dijangkiti penyakit.
“Kawasan yang padat dengan sistem kebersihan yang buruk pasti mengundang penyakit. Lebih merumitkan apabila mereka tiada bekalan perubatan yang mencukupi.
"Hanya ada satu tandas untuk digunakan oleh 480 orang di kawasan padat penduduk, menjadikan situasi semakin kritikal.
"Jom bersama hulurkan sumbangan dan jadilah sinar harapan buat saudara kita di Gaza. Setiap bantuan anda mampu menyelamatkan nyawa! umat Islam di Palestin yang tidak berdosa," katanya.
Orang ramai yang berminat untuk memberi sumbangan bagi pembinaan telaga air fasa 2 untuk penduduk Gaza boleh klik link berikut: https://toyyibpay.com/Sumbangan-Kemanusiaan-Gaza - KitaReporters
Kanak-kanak paling gembira dengan bekalan air bersih daripada telaga yang dibina semula.