Alhamdulillah... Sumbangan Asas Rahmah (SARA) berjumlah RM2,100 setahun kepada 700,000 penerima miskin dan miskin tegar menerusi MyKAD akan disalurkan bermula esok Rabu, 15 Januari 2025.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pertambahan hasil negara kesan reformasi kewangan dan kerja keras Kerajaan memungkinkan kadar bantuan SARA ditingkatkan dari RM RM1,200 sebulan pada tahun lalu (2024) atau RM100 sebulan kepada RM2,100 tahun ini.




Bantuan SARA sebanyak RM100 sebulan akan dikreditkan ke dalam MyKAD penerima untuk Januari-Mac 2025. Bagaimanapun, mulai April 2025, kadar bantuan akan ditingkatkan kepada RM200 sebulan.

"Penambahbaikan kepada SARA ini adalah sebahagian daripada peningkatan peruntukan Belanjawan 2025 bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan SARA ke tahap tertinggi dalam sejarah, iaitu RM13 bilion berbanding RM10 bilion pada tahun lalu (2024).

"Insya-Allah, Kerajaan Madani akan terus bekerja keras bagi membolehkan lebih banyak hasil negara dikongsikan kepada mereka yang memerlukan, selaras nilai ihsan dan kemanusiaan yang menjadi teras dalam Madani," kata Perdana Menteri. - KitaReporters/Kenyataan Media



16
10
0
10
0

Copy Link: