Video| Bila cinta bersemi, usia tak relevan! Datuk, 64, nikahi nenek, 89! Kasih berputik di kebun!
Published byBerlaku satu lagi perkahwinan tular di Indonesia baru-baru ini yang melibatkan perkahwinan warga emas. Biasanya pengantin lelaki lebih tua, tetapi ini sebaliknya.
Sebelum ini kedua-duanya sudah hidup membujang sekian lama.
Ngatimin sudah menduda kira-kira 25 tahun, sementara Satinem pula sudah menjanda kira-kira 45 tahun setelah kematian suaminya. Dia pernah punya tiga anak, namun kesemuanya meninggal ketika masih kecil.
Cinta antara NgatimIn dan Satinem mula bersemi kira-kira dua tahun lalu iaitu pada 2022, bermula di kebun ketika mencari rumput untuk ternakan kambing.
Ngatimin menjaga kambing milik jirannya yang kebunnya berhampiran dengan rumah Satinem. Sementara Satinem mencari rumput untuk kambing peliharaannya.
Sering berdua-duaan di kebun membuat hati kedua-duanya turut tersabit perasaan cinta walaupun masing-masing sudah menjadi warga emas.
Perbuatan kedua-duanya sering berdua-duaan di kebun sudah menjadi bahan bualan orang-orang kampung. Lalu sejak beberapa bulan lalu, kedua-duanya bercadang untuk menghalalkan hubungan mereka dengan bernikah.
Begitu juga dengan Satinem yang tetap ingin melakukan majlis resepsi sederhana dengan menjemput para jiran setelah selesai majlis akad secara sederhana di Pejabat Agama Kecamatan Giritontro, Wonogiri.
Pasangan pengantin warga emas ini meraikan malam pertama mereka dengan menghabiskan masa dengan berbual-bual mesra. Kedua-duanya berjanji untuk hidup bersama sehingga maut memisahkan.