Video| Masih ingat adik Saffiya! Viral masa Covid-19! Naik ambulans, pergi ke hospital seorang diri!

Published by
KitaReporters


Mungkin ada yang masih ingat, kisah anak kecil berusia 5 tahun yang pernah viral dalam media sosial apabila dia dijangkiti Covid-19 dulu. 

Anak itu dengan beraninya menaiki ambulans seorang diri ke hospital Kuala Lumpur. Dia tidak menangis sebaliknya dengan tenang menaiki ambulans di depan rumahnya sambil melambai-lambai kepada adik dan ibunya. Dia juga sempat berpesan pada ibunya agar menjaga diri. 

Ramai yang terharu melihat video itu kerana anak sekecil itu sangat tabah dan berani. Dia dijangkiti Covid-19 daripada ayahnya.

Manakala Ibu dan adiknya disahkan negatif Covid, jadi anak kecil itu terpaksa dibawa ke hospital untuk dipisahkan daripada ibu dan adiknya yang tidak dijangkiti covid 19. Saffiya dibawa ke hospital ditempat ayahnya dikuarantinkan.




Kisah ini mendapat liputan meluas media dalam negara dan di luar negara. Sekarang anak kecil tu Nur Saffiya Muhammad Ifwan telah berusia 8 tahun dan bersekolah di dalam darjah dua.  

Menurut Ibu kanak kanak ini Nur Saffiya adalah anak sulungnya dan sifat berani dan bertanggungjawabnya terserlah bila dia selalu beralah dengan adiknya Nur Azaleeya yang berusia 6 tahun. Saffiya juga sangat rajin ke sekolah dan pandai membantu ibunya dirumah,

Nur Saffiya seperti anak-anak lain seusianya sibuk ke sekolah pada waktu pagi dan petang. Pagi dia bersekolah biasa dan petang dia ke sekolah agama pula. 



Wabak Covid-19 yang melanda negara kita 3 tahun yang lalu banyak membawa kisah duka dan kisah ketabahan serta semangat juang mereka yang dijangkiti penyakit itu. Ramai yang terkorban ketika itu. 

Episod sedih itu akan sentiasa diingati seluruh masyarakat dunia yang terkesan dengan wabak berkenaan. Apapun masyarakat menganggap wabak Covid-19 itu telah banyak memberi hikmah walaupun berlaku tragedi kesedihan dan kesengsaraan sewaktu wabak berkenaan melanda seluruh negara. 

Tidak mungkin dapat dilupakan oleh mereka yang dijangkiti wabak berkenaan sepanjang hayat mereka. - KitaReporters

8
8
0
17
0

Copy Link: