Video| Rumah tangga hancur! Rumah didiami musnah! Gara-gara suami berselingkuh! Isteri tuntut cerai!

Published by
KitaReporters



Kecewa dengan kelakuan suaminya yang curang dan terbukti telah 20 kali berselingkuh termasuk dengan kawan baiknya membuat sang isteri yang juga seorang TikToker, Acil Joulena, 30, merobohkan rumah mewah yang dibina dengan wangnya dan nekad bercerai. 

Menambah kemarahannya ialah apabila mentuanyanya minta wang Rp300 juta (kira-kita RM100 ribu) jika mahu terus tinggal di rumah itu kerana ia dibina atas tanah milik si mentua di Amauntai, Kalimantan Selatan. 

Kecewa berganda itu menyebabkan Acil Joulena lebih rela rugi dengan menghancurkan rumah mewahnya. Penghancuran rumah itu dilakukan pada 17 April 2024.


Acil Joulena bergambar di depan rumahnya sebelum diroboh

Acil Joulena


Penghancuran rumah itu dimuat dalam TikTok @miralestari1191. Dalam video itu kelihatan barang-barang dalam rumah dipindah dalam lori. 

Kemudian di video selanjutnya diperlihat rumah yang sebelumnya kelihatan mewah dan megah hancur berselerakan. Lantai dan dinding bahagian atap hancur menjadi puing.

Namun sebahagian dinding dan tiang terlihat masih berdiri utuh.




Bagi Acil Joulena yang punya beberapa perniagaan termasuk kosmetik, dia puas hati walaupun kehilangan wang yang banyak.

Setelah beberapa rundingan menemui kegagalan Acil Joulena kini nekad bercerai dan prosesnya sedang berlangsung di mahkamah. - KitaReporters


12
9
0
12
0

Copy Link: