Macam Kassim Selamat daa! Bertahun-tahun ziarah kubur, rupanya salah kubur! Batu sungai jadi punca!
Published byOkay, sebelum penulis bercerita tentang titik utama cerita yang mahu disampaikan ini, kita lihat dulu apakah hukum meletakkan batu nisan di kubur menurut Islam! Bagi mendapatkan hukumnya, penulis merujuk laman web Maktabah al-Bakri.
Sambil bercerita, kita berkongsi ilmu bersama!
Menurut laman
web tersebut, para ulama menjelaskan dengan panjang lebar berkenaan dengan
kubur dalam Ahkam al-Janaiz. Dalam Islam, kubur mempunyai haknya yang perlu
dijaga oleh orang yang hidup.
Rasulullah SAW mengajarkan kita beberapa hak. Antaranya, menziarahi kubur, mengucapkan salam, membaca doa untuk ahli kubur, tidak duduk di atas kubur, tidak memuja kubur, dan jadikanlah kubur sebagai tempat untuk mengingati akhirat. Banyak nas-nas menunjukkan ke arah itu.
Kesimpulannya dibolehkan bahkan menjadi sunah meletakkan batu nisan kepada kubur kecuali dinasihatkan janganlah berlebih-lebihan dalam perbelanjaan menguruskan perkuburan.
Pelbagai batu nisan boleh didapati di pasaran. Namun, ada juga yang memilih batu-batu sungai untuk dijadikan batu nisan.
Pemandangan di sebuah kawasan perkuburan Islam. - Kredit Foto: Google Image
Berbalik kepada tiktik utama yang penulis mahu ceritakan ialah mengenai kejadian lucu yang dialami seorang wanita. Dia berkongsi pengalaman tersebut dalam TikTok.
Menurutnya, selama bertahun-tahun menziarahi kubur arwah ayah, rupa-rupanya tersalah kubur. Salah faham itu berpunca kerana kubur arwah ayahnya tidak mempunyai batu nisan kecuali batu-batu sungai sahaja.
“Selama bertahun-tahun aku meratap di kubur orang lain. Nasib aku baik, tiada keluarga mereka datang. Kalau tak aku boleh jadi babak dalam cerita Kasim Selamat (Ibu Mertua-ku), “kenapa kamu menangis di kubur ibu saya?”
“Itupun aku tetap memenangkan diri aku saat kami semua adik-beradik nak pasang batu nisan baru pada tahun 2024. Aku sempat berdebat dengan kakak-kakak dan mak aku. Selama hayat kami tak pernah pergi kubur abah sekali. Adik aku pun kena sama macam aku meratap di kubur orang lain.
“Masa tu aku
marah. Aku cakap hei kenapa semua pergi duduk di kubur orang. Ternyata aku yang
salah. Untuk pengetahuan semua, kubur abah masa tu cuma batu sungai dan banyak kubur
di situ pakai batu sungai,” ceritanya.
Perkongsian itu
mengundang pelbagai reaksi netizen. Namun rata-ratanya terhibur dengan
perkongsian tersebut yang dianggap lucu.
“Baru nak sedih, penamat dia eh eh,” tulis salah seorang netizen.
Manakala ada
juga yang bertanya kenapa tidak ditulis nama pada batu nisan yang menggunakan
batuan sungai.
"Tak fahamlah awak, batu nisan ada namakan?" tanya netizen.
Penulis juga pernah berdepan masalah mencari kubur arwah ayah. Maklumlah, hari ini dikuburkan dan kawasan sekitarnya masih belum ada kubur orang lain lagi, tapi bila pergi esok lusa, tiba-tiba kawasan tersebut sudah penuh dengan kubur orang lain.
Yelah, hampir setiap hari ada kematian dan menjadikan kawasan kubur cepat berubah. Kalau kubur tak bertanda, jawabnya sampai ke sudahlah tak jumpa kubur yang dicari.