Video| Pemandu lori baik budi! Sedekahkan ayam! Elak jadi bangkai! Tersangkut dalam kesesakan teruk!
Published byAyam hidup yang dibawa dengan lori perlu berada dalam keadaan selesa untuk sampai ke tempat dituju dalam keadaan sihat untuk dijual.
Lori membawa ayam ini bersama sejumlah kenderaan terpaksa bergerak perlahan dan kadang-kadang terpaksa berhenti beberapa waktu kerana jalan di hadapan ditenggelami banjir yang teruk.
Ia menyebabkan ratusan ayam yang terkurung dalam sangkar ‘keletihan dan tidak selesa’. Dan ini boleh menyebabkan ayam-ayam itu boleh menjadi mati dan menjadi bangkai di dalam lori sebelum sampai ke destinasi.
Menyedari keadaan itu, si pemandu lari melakukan tindakan terpuji yang memang tak disangka-sangkakan.
Dia langsung memanggil penduduk di tepi jalan dan dengan bantuan kelendannya memberikan dua ekor ayam setiap seorang penduduk. Warga yang sudah memperoleh ayam mempelawa jiran-jiran untuk datang mengambil ayam hidup percuma.
Malah ada yang datang lebih daripada sekali untuk mendapat ayam hidup lagi.
Kurang daripada sejam ayam-ayam hidup sudah kosong daripada lori itu. Ada sejumlah warga hampa tidak dapat ayam hidup secara percuma.
Namun terdapat sejumlah warga yang sudah memperoleh ayam hidup percuma itu menjual semula ayam itu dengan harga Rp10 ribu (kira-kira RM3) seekor iaitu jauh lebih murah daripada harga pasaran.
Langkah yang diambil drebar lori itu mendapat pujian Pegawai Daerah atau Bupati Maros, Chaidir Syam.
Sejumlah warganet juga memuji tindakan pemandu lori itu. Bagi mereka daripada membiar ayam-ayam itu mati dan menjadi bangkai, lebih baik disedekah kepada warga yang memerlukan terutama yang sedang menghadapi bencana banjir.
Video memberi ayam hidup kepada warga setempat tular setelah dimuat dalam sejumlah media sosial serta dimuat dalam media cetak dan elektronik. - KitaReporters