Video| Berhati-hatilah! Jangan kena scam! Kementerian Kewangan dedah taktik penipuan dalam talian!
Published bySemakin berkembang teknologi maklumat (IT) itu, maka makin canggihlah tipu helah jenayah penipuan atau lebih popular disebut sebagai scam, yang dikendalikan oleh mereka yang dipanggil scammers.
Percaya atau tidak, kes jenayah penipuan ini tidak
akan habis malah pihak berkuasa dipercayai berdepan dengan pelbagai cabaran
seiring dengan perkembangan teknologi.
Sebab itu, saban hari kita disajikan pelbagai kes jenayah penipuan atau kecurian dalam talian. Ia masih berlaku sedangkan orang ramai sudah diberi peringatan dan penjelasan mengenai helah dan taktik scammer.
Lebih menghairankan, antara mangsa-mangsa yang ditipu terdiri daripada golongan profesional seperti guru, doktor, jurutera, pesara kerajaan dan ramai lagi.
Kementerian Kewangan menegaskan bahawa maklumat ini adalah palsu. - Kredit foto: FB Kementerian Kewangan
Walaupun kes berkaitan scammer ini tidak pernah habis, namun tanggungjawab pihak bertanggungjawab tetap diteruskan. Tanggungjawab memberi kesedaran dan peringatan kepada orang ramai dilakukan tanpa jemu.
Pada 19 September 2023, Kementerian Kewangan Malaysia menerusi laman Facebook rasmi mereka telah mengeluarkan dua notis peringatan kepada orang ramai.
Medium media sosial digunakan kerana ia lebih berkesan dalam menyampaikan risalah umum.
“Kementerian Kewangan menegaskan bahawa maklumat ini adalah palsu. Berhati-hati dan jangan mudah terpedaya dengan berita-berita sebegini dalam media sosial.
"Layari portal dan ikuti saluran media sosial rasmi Kementerian Kewangan untuk maklumat terkini dah sahih. Tidak pasti, jangan kongsi,” tulis kenyataan tersebut.
Awas! Jangan mudah terpedaya dengan tawaran menjadi ejen pembelian dalam talian.
Manakala notis kedua pula memberi peringatan mengenai tawaran menjadi ejen pembelian dalam talian. Paling tidak boleh diterima akal, mangsa dikehendaki membuat pembayaran ke akaun yang diberikan scammer. Di situ, sudah jelas ada keraguan.
“Awas! Jangan mudah terpedaya dengan tawaran menjadi
ejen pembelian dalam talian. Kita mestilah sentiasa berhati-hati dengan
penipuan sebegini” tulis notis kedua ini.
Dalam ramai scammer, paling popular dan paling banyak mangsa ialah Macau Scam. Media pernah melaporkan tangkapan melibatkan Macau Scam kebanyakannya terdiri daripada operator yang direkrut melalui aplikasi WhatsApp serta media sosial dengan dijanjikan gaji antara RM3,000 hingga RM4,000.
Maka jadilah manusia yang bijak dan tidak mudah
tertipu. Ikutilah saluran media yang sahih dan rasmi untuk mendapatkan
informasi tepat. Jangan biarkan para
scammer dengan kebodohan kita. - KitaReporters