Video| Ini macam pun ada! Pengantin lelaki enggan bersanding! Pengantin perempuan nangis di pelamin!
Published byMajlis resepsi perkahwinan biasanya diadakan bagi meraikan kedua-dua pengantin. Namun tidak semua pengantin suka dirai dalam majlis resepsi sama ada kerana malu atau darah gemuruh.
Sebaik akad nikah selamat disempurnakan, dia terus beredar sedangkan selepas itu perancangannya majlis resepsi akan diadakan.
Pihak pengantin perempuan tetap membuat persiapan majlis resepsi. Jemputan sudah ada yang tiba dan makan minum sudah disediakan. Yeyen sudah disiapkan perhiasannya sebagai pengantin.
Namun ketika waktu acara persandingan dimulakan, kelibat Rahim tidak kelihatan. Ketiadaan Rahim menyebabkan Yeyen terpaksa bersanding sendirian dengan air mata meleleh.
Dia hairan perkahwinan itu adalah atas dasar suka sama suka. Mengapa ketika hari bahagia, pasangannya menghilang.
Hasil siasatan polis didapati Rahim bersembunyi di rumahnya. Dalam keterangannya kepada polis Rahim memberitahu bahawa dia tidak suka disandingkan.
Dia mengaku seorang yang pemalu dan menganggap bersanding itu bukan wajib, hanya adat.
Keengganan Rahim bersanding membuat pihak pengantin perempuan membebel marah dan pengantin perempuan menangis menghadapi kejadian yang dianggap memalukan.
Peristiwa itu menjadi bualan orang kampung. Namun Rahim tetap tenang kerana sudah melakukan perkara wajib iaitu akad nikah.