Sembang-Sembang| Bila bersahabat! Jangan biar kepala dipijak! Kita bagi nasihat, dituduh halau dia!

Published by
KitaReporters


Bila kita hormat orang, orang pun hormat kita. Bila kita sayang orang, orang pun sayang kita. Tapi bila kita penting diri, orang jadi benci. Lebih-lebih lagi bila kaitkan hal peribadi.
Inilah isu pilihan saya minggu ini yang dikongsi oleh Nita. Jom kita baca. 
Sebaik manapun kita dengan orang, ingat satu perkara mesti hormat hak peribadi orang. Jangan semua nak ambil tahu, kata Nita. 
Ujarnya tak semua perkara kita perlu tahu kecuali jika mereka yang sukarela berkongsi. Belajar menghormati orang kalau mahu kita dihormati. 
Pengalaman Nita sangat menyedihkan. Malah sangat pahit untuk dikenang. Akibat angkara seorang sahabat.



Kata Nita mereka telah lama berkawan. Namanya Mimi. Dia bebas keluar masuk rumah Nita. Kadang berhari hari tak balik. Buat macam rumah sendiri. 
Nita tak kisah. Sebab ingat kawan. Tapi bila dah sampai harta kita harta dia... siapa boleh tahan. Puas tegur, sindir dia masih tak faham. Malah buat pekak. 
Kita tak ada rumah pun boleh datang lagi. Buat sesuka hati dia. 
Akhirnya Nita terpaksa berterus terang. Bagi kata dua. Tahu pula merajuk dan tuduh Nita halau dia. Lalu hilang sampai hari ini. 
Kata dia tetap anggap Mimi kawan. Tak pernah lupa. Tegurannya untuk memperbaiki kekurangan diri dia. Kalau dia tak boleh terima, Nita tak boleh buat apa-apa. 
Pun begitu Nita tetap doakan yang terbaik untuk Mimi. Kita tegur bukan menghina sebab sayang. Kalau boleh hendak tengok dia berubah. 


Iktibar daripada kisah ini
Jangan ambil mudah tentang persahabatan. Pastikan ada batasnya walau baik macam mana sekalipun. 
Jangan terlalu percayakan orang. Ada perkara yang perlu kita simpan untuk diri sendiri. Ada yang boleh dikongsi. 
Sebaiknya berpada-pada dalam berkawan. Simpan barang peribadi di tempat selamat. Kunci pintu bilik. Jangan bawa orang masuk ke bilik tidur sebab itu kawasan peribadi kita. 
Kita perlu ada sifat hormat orang jika mahu orang hormat kita. Sayangkan orang. Orang akan sayang kita. Ikhlas daripada hati bukan kerana ada kepentingan. 
Berhati-hati dalam hubungan jangan sampai dipijak orang. Carilah sahabat yang boleh membawa kita ke syurga. Bukan yang mengheret kita ke dalam masalah hidupnya. 
Terima kasih Nita kongsi cerita ini. Moga manfaat untuk kita. - KitaReporters

9
14
0
9
0

Copy Link: