Ada simpanan RM800k di Bangladesh! Makan nasi, bawang, garam! Hantar gaji balik ke kampung halaman!
Published byNAK senang bukannya mudah, banyak yang perlu dikorbankan lagi-lagi mereka yang menjadi anak perantauan mencari rezeki di Malaysia demi kesenangan ahli keluarga yang berada di kampung halaman.
Seorang lelaki dalam TikTok telah berkongsi kisah seorang pekerja dari Bangladesh yang dikatakan hanya menikmati nasi berlaukkan bawang mentah, cili dan garam sahaja kerana ingin menghantar pulang duit ke kampung halaman.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pekerja-pekerja asing
Dilihat dari video ini, pemuda ini sangat berselera menikmati nasi dengan lauk yang cukup sederhana ini sehingga menjadi bualan netizen.
Rupa-rupanya pemuda ini berkata dia telah menyimpan wang sebanyak RM800,000 sepanjang beliau telah bekerja di Malaysia selama 19 tahun. Apa yang mengejutkan lagi beliau berjaya membeli sebuah rumah dan memiliki tanah sendiri di negara asalnya.
Daripada perkongsian lelaki yang membuat video ini, dikatakan pemuda ini menerima pendapatan bulanan sebanyak RM5,500 namun beliau hanya menggunakan RM300 sahaja untuk keperluan diri seperti makan dan komitmennya.
Baki gajinya itu pula dihantar kembali ke Bangladesh.
Rata-rata warga maya memuji dan kagum akan sikap pemuda ini kerana mampu berkorban untuk menyimpan wang sebanyak itu.
Mungkin jika kita di tempat beliau mungkin akan melakukan perkara yang sama untuk menyimpan wang untuk kegunaan masa depan. - KitaReporters